PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, April 16, 2009

muslimah
















Sesungguhnya kejadianmu muslimah begitu indah.
Tercipta daripada rusuk adam untuk dilindungi
Dan disayangi
Bukan di kepala untuk disanjung
Bukan juga di kaki untuk dipijak

Lantaran daripada keindahanmu itu,
Kau ibarat sekuntum bunga mawar
Keharumanmu bisa menarik perhatian sang kumbang
Untuk mendekatimu
Adakah semudah itu akan kau serahkan dirimu???

Renungilah pada keindahan bunga mawar
Yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai benteng
Dari kejauhan,keharumannya mencuri perhatian
Kilauan warna yang memancar indah menjadi tarikan

Namun lantaran pagaran duri iman yang berbisa itu
Si kumbang tunduk kagum
Terhadap keindahan yang terjaga
Ia akan berfikir berkali-kali sebelum mendekatinya..


Akuilah hakikat kejadian dirimu
Yang menjadi pelemah iman lelaki
Seandainya pakaian malu kau tanggalkan
Dan perbatasan aurat kau abaikan
Jadilah kau sekuntum bunga yang indah
Tapi sayang seribu kali sayang
Tak berduri
Kau tidak layak digelar mawar berduri!

Ingatlah
Muslimah solehah tidak melihat lelaki
Dan lelaki tidak melihatnya..

Peliharalah keindahanmu
Untuk si kumbang
Yang bergelar….
SUAMI…






Saturday, April 4, 2009

KURSUS VOKASIONAL

para pelatih kursus vokasional sibuk menerangkan cara-cara membaiki kerosakan

us Syamshul(biro perumahan) dan us Ismail (penasihat biro perumahan)


Ahad,15 Mac 2009,Unit Perumahan Hewi dengan kerjasama Biro Perumahan KPT telah mengadakan Kursus Vokasional pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Asrama Darul Iman.Program juga turut dihadiri oleh Mak Angkat Terengganu Ustazah Siti Anisah ditemani Ustazah Herlina Syarial.Pengisi slot untuk kursus ini adalah Us Ismail selaku penasihat biro perumahan dan Us Syamshul selaku Biro Perumahan KPT sesi 08/09.Sambutan ahli KPT(akhawat) terhadap program ini adalah menggalakkan.Masa untuk soal jawab terasa bagaikan terlalu singkat kerana timbulnya soalan dari akhawat-akhawat secara bertubi-tubi.Pihak akhawat mencadangkan agar kursus ini diadakan lagi untuk masa akan datang dan lebih dipanjangkan masa agar dapat pengisi slot menerangkan cara-cara dan teknik-teknik pembaikian dengan lebih terperinci dan panjang lebar.Pihak hewi KPT mengucapkan alfu syukran kepada pengisi slot untuk program ini,mak angkat Terengganu serta ahli-ahli yang turut serta dalam menjayakan kursus vokasional ini.Program diakhiri dengan sedikit jamuan dan bersurai.