PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, February 26, 2010

Jaulah Dumyat

Bendahari HEWI KPT merangkap Ketua Unit Sambutan dan Rehlah sekali lagi berjaya mengadakan jaulah bersempena cuti selepas selesai peperiksaan fasa 1 yg berakhir awal bulan Februari baru-baru ini. Jaulah Dumyat yg disertai seramai lebih kurang 40 orang peserta berlangsung dengan sempurna walaupun tiba di tempat yang dituju agak lewat dari waktu yang dijangka.


Rombongan bertarikh 13 Februari itu bertolak seawal 9 pagi setelah semua peserta bersiap sedia untuk bergerak. Dengan khidmat seorang pemandu coaster, rombongan selamat tiba di Dumyat jam 2 petang. Penjelajahan pesisir pantai Dumyat dimulakan setelah semua siap menunaikan solat di kawasan berhampiran.


Mencari kerang di Pantai Dumyat diselang-selikan dengan acara makan-makan setelah kehabisan tenaga meredah ombak lautan. Hampir 2 ke 3 jam peserta bertungkus-lumus mengutip kerang hingga hasilnya hampir seguni seorang. Coaster bergerak pulang pabila mentari hampir hilang rupa. Rombongan bersiap-siap untuk pulang seawal jam 5 petang.