PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, October 31, 2010

LIQO FUAD – PENUTUPAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AKHAWAT SESI 09'/10'

29 OKT, JUMAAT - bersempena hari muzakarah berkelompok (MB), HEWI KPT telah mengadakan program Liqo' Fuad iaitu Majlis Penutupan Muzakarah Berkelompok sesi 2009/2010 bertempat di Maktabah Darul Iman. Sebelum majlis berlangsung, para fasilitator diminta untuk mengadakan liqo' kali terakhir bagi sesi 2009/2010. Majlis Liqo' Fuad ini dimulakan pada pukul 10.45 pagi dengan alunan Asma Al-Husna, diikuti dengan lagu PMRAM dan lagu tema muzakarah berkelompok sesi baru iaiti lagu Rabbul 'Izzati. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pemangku Timbalan Ketua Fasilitor, Ustazah Nursyazwani Jusoh serta ucapan Ketua Unit Dakwah HEWI KPT 2010/2011, Ustazah Nuraini Abdullah. Seterusnya, Ketua Unit Dakwah telah mengumumkan kumpulan muzakarah berkelompok bagi sesi 2010/2011. Setiap kumpulan MB diketuai oleh seorang fasilitator dan seorang naibah. Majlis penutupan muzakarah berkelompok ini juga telah diselitkan dengan sesi ta'aruf pimpinan HEWI KPT sesi 2010/2011. Ini bertujuan agar ahli lebih mengenali pimpinan baru dan memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan sebarang cadangan untuk dilaksanakan pada sesi ini. Ramai di antara ahli yang bangun bersuara untuk mengemukakan cadangan masing-masing untuk dilaksanakan oleh pimpinan pada sesi kepimpinan 2010/2011 ini. Segala cadangan tersebut disambut baik dan akan dipertimbangkan sebelum dilaksanakan. Sebelum majlis berakhir, ahli telah ditayangkan dengan satu video yang menarik yang disediakan oleh Setiausaha HEWI KPT. Majlis kemudiannya diakhiri dengan simbolik penutupan muzakarah berkelompok sesi 2009/2010. Majlis ini berakhir tepat jam 2 petang.


simbolik penutupan Muzakarah Berkelompok sesi 2009/2010