PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, July 25, 2010

Tahniah Atas Kelahiran Cahaya Mata Pertama

Ucapan tahniah dari kami warga Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) buat pasangan suami isteri yang menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini :-

1. Dr Wan Aimi Rashidah Wan Mokhtar bersama pasangan atas kelahiran putera sulung mereka di Mansurah. Ibu dan bayi dibenarkan pulang dari hospital setelah keadaan mereka kembali stabil dan beransur pulih. Pihak KPT mendoakan agar Dr Aimi dan bayi kembali sihat seperti sediakala.

2. Ustazah Siti Anisah Ahmad dan pasangan Ustaz Faizol bin Endut. Selamat melahirkan seorang puteri pada 16 Julai 2010 baru-baru ini. Puteri seberat 2.5 kg dilahirkan di Hospital Tibah sekitar jam 4.30 pagi. Semoga puteri ini menjadi penyejuk mata ayah bonda mereka.

3. Ustazah Siti Saniyatul Nusaibah Ahmad Khairuddin dan pasangan Ustaz Alif Mahari. Putera selamat dilahirkan jam 5.45 petang di Hospital Rahmah pada 21 Julai 2010 ketika warga KPT sedang sibuk di hari akhir Karnival DAMAI 2010. Ibu dan bayi seberat 2.9 kg itu selamat dan dibenarkan pulang ke rumah sekitar jam 11.00 malam.


Semoga menjadi anak-anak yang soleh & solehah pewaris pejuang generasi akan datang.