KAHERAH, 7 Disember 2012– Hal Ehwal Wanita
Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir telah mengadakan
Ziarah Maqam Auliya sempena Liqo’ Gabungan di bawah seliaan Unit Sambutan dan
Rehlah dengan kerjasama Unit Dakwah.
Program yang dianjurkan setiap tahun
ini bertujuan untuk mengenali para Auliya’ dengan lebih mendalam. Di samping
itu juga, dapat memupuk semangat ukhuwah antara mahasiswi baru dan lama
sekaligus menjayakan usul KPT pada sesi ini.
Program ini juga dapat meningkatkan thaqafah dalam kalangan
mahasiswi. Program ziarah ini bermula seawal jam 8.00 pagi disertai 49 orang
mahasiswi KPT Mesir. Seterusnya, rombongan solat Jumaat di Masjid Amru ibn
Al-Asr.
- Maqam Sayyidi Syeikh Soleh Jaa’fari
- Maqam Abd Ghani Soleh Jaa’fari
- Maqam Imam Abdul Wahab Sya’rani
- Maqam Sayyidi Ali Nuruddin Syuni
- Maqam Sayyidi Syihabuddin Ramli
- Maqam Sayyidi Umar ar-Ruknu
- Maqam Syeikh Zakaria al-Ansori
- Maqam Imam Ibnu Hisyam
- Maqam Sultan Hanafi
- Maqam Al-Imam as-Syafie
- Maqam Sayyidah Nafisah r.a
- Maqam Sayyidah Sukainah
- Maqam Sayyidah Ruqayyah
- Maqam Sayyidah Atikah
- Maqam Sayyidi Ali Ja’fari
- Maqam Imam Muhammad Ibnu Sirin
- Maqam Sayyidah Zainab
- Mihrab Sayyidah Nafisah
- Maqam Wali Soghir
- Maqam Syeikh Ibnu Atoillah
Program ini berakhir pada jam 4.30 petang dengan harapan agar ahli HEWI dapat mengambil ibrah atau pengajaran daripada ziarah ini.