بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق
ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون. أشهد أن لا اله إلا الله وأشهد أن محمدا
رسول الله. اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد وعلى اله وأصحابه ومن تبعهم
بإحسان الى يوم الدين, أما بعد.
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T, dengan rahmat dan kasih sayangNya atas nikmat-nikmat yang
dihamparkan kepada hamba-hambaNya. Rahmat Allah Taala kepada manusia meliputi yang
tunduk patuh kepadaNya termasuk juga yang tidak mahu beriman setelah keagungan
demi keagungan yang dipersembahkan kepada mereka.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan tiada
Kami (Allah) utus sebelummu seorang pun Rasul melainkan Kami
wahyukan kepadanya bahwa tiada Tuhan selain
Daku. Kerana itu sembahlah
(taatilah) Aku”
(Surah Al-Anbiya’: 25)
Sesungguhnya
Allah S.W.T telah mengutuskan Rasulullah S.A.W kepada umat manusia supaya
beriman kepadaNya serta menjauhkan manusia daripada azab api neraka. Namun
begitu, masih ramai lagi yang tidak beriman dek
sifat egois diri yang tidak mengaku keesaaan Allah melebihi
segalanya. Mereka tetap berpegang dengan kepercayaan yang dipupuk oleh nenek
moyang mereka supaya meneruskan agama mereka dan tidak memperakui kebenaran
Islam.
Hari
ini, penganut Islam sendiri ketandusan
nilai-nilai Islam dalam diri mereka. Hakikat ini menjadi sebab golongan kafir
tidak terpanggil untuk mengenal agama yang suci ini. Ini adalah muhasabah
terbesar bagi yang bergelar muslim. Susurilah jerit perih nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat demi menegakkan Islam di
muka bumi ini. Adakah pengorbanan itu demi kepentingan peribadi? Dan adakah
susah payah perjuangan itu hanya untuk hidup selesa dan mewah? walhal, bukan
itu tujuan baginda dan sahabat seperti yang dimomokkan oleh
orientalis-orientalis barat. Bahkan, gerak kerja mereka adalah membawa manusia
mengenal Allah S.W.T yang telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang hina
menjadi insan mulia.
Sahabat
dan sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,
Untuk
menarik golongan kafir masuk kepada Islam suatu perkara yang amat susah. Ada
yang berjaya berbuat demikian, tetapi tidak ramai yang berjaya seperti
Rasulullah, para sahabat dan para mujahidin. Namun jika dikoreksi kembali,
sesama muslim pun tidak mampu melaksanakannya hatta dakwah fardhiyyah sendiri masih
gagal.
Ketahuilah,
dakwah itu berpundak dibahu tholibul ilmi. Ramai yang menyangka usia
muda ini hanyalah untuk menuntut ilmu sahaja, tetapi jika direnungkan kembali siapa
yang mengenali jiwa muda seperti kalian? Adakah muda mudi pada era ini seperti
pemuda di zaman Rasulullah? Sudah tentu tidak. Lihatlah pemuda dan pemudi zaman
kini, dimana mereka? Siapa yang menjuarai meningkatkan bilangan anak zina?
Siapa yang menyalurkan dana untuk kelab-kelab malam tumbuh bagai cendawan?
Ada
segelintir golongan yang menyatakan “ Eh, zaman sekarang tak sama macam dulu,
semua orang dah kenal Islam…”. Ya, sahabat sahabiah sekalian, tetapi adakah ia
akan kekal jika para da’ie tidak bekerja keras memahami mereka tentang Islam
secara mendalam?
Sahabat
dan sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,
Bekerjalah
diposisi manapun diri kalian diletakkan. Kita tidak mahu melihat generasi akan
datang rosak dek kerana tulang empat kerat ini tidak digunakan semaksima
mungkin untuk tegakkan aqidah Islam dalam diri anak-anak muda. Fahamilah jiwa
mereka tetapi awas! Jangan sampai terjebak sama, menghalalkan apa yang diharamkan
dan mengharamkan apa yang dihalalkan. Para da’ie mestilah mengetahui
uslub-uslub dakwah dan sedar bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.
Darsawarsa
ini, remaja dihamparkan hidangan nafsu oleh golongan barat yang sentiasa
membanting tulang menyusun gerakan mereka untuk memusnahkan aqidah umat Islam.
Dimana pemuda pemudi Islam yang bekerja menghalang golongan ini? Para da’ie
harus yakin dan sedar bahawa merekalah yang bertanggungjawab dalam membanteras
kegiatan para kuffar ini.
Rasulullah
telah menunjukkan garis panduan bagi menanam aqidah dan fikrah yang salim
kepada umat manusia menerusi jalan dakwah antaranya usrah. Usrah amat penting
bagi seorang da’ie bagi melahirkan fikrah yang jelas tentang Islam. Ini kerana
mereka merupakan golongan yang menyalurkan fahaman Islam kepada mad’u.
Pada
zaman Rasulullah, mereka yang sempat berusrah dengan baginda digelar “rijaalul
aqidah” yang mana golongan ini membawa fahaman aqidah yang mantap dan
disalurkan kepada umat Islam yang lain. Dan hasilnya dapat dilihat pada setiap
zaman akan lahir golongan-golongan yang menegakkan Islam. Mereka berjuang tanpa
mengenal penat dan lelah, dicaci dan dihina demi melihat agama suci ini terpasak
teguh di muka bumi Allah.
Justeru
itu, para da’ie hendaklah memiliki sifat-sifat seorang yang mendukung agama
Allah dengan menghayati Islam itu dalam kehidupan seharian mereka. Malah
kewajipan ke atas mereka menyebarkan risalah Islam serta fikrah yang jelas
kepada umat manusia supaya mentauhidkan serta mengagungkan kalimah Allah. Tidak
ada agama yang suci lagi tulus melainkan “addinul islam” yang diwahyukan
kepada junjungan besar kekasih Allah Sayyidina Muhammad sollahualaihiwassalam
dan diteruskan kepada para sahabat sehinggalah kepada generasi pendukung Islam
yang ada kini. Wallahua’alam.
Wahai muslimin duhai muslimah,
carilah hikmah yang sudah hilang,
sucikan hati mantapkan fikrah,
sucikan hati mantapkan fikrah,
dakwah gemilang Islam terbilang.
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
"BERILMU DAN BERAMAL"
NASUHA HUSNA MOHD NORDIN
Unit Dakwah,
Hal Ehwal Wanita Islam,
Keluara Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2013/2013.