Mansoura, 6
Februari- Pertemuan antara anak-anak Terengganu di Mansoura bersama saf
kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) KPT Mesir sesi 2012/2013 berjaya
diadakan.
Dalam
pertemuan tersebut, diadakan perlawanan bola jaring anjuran barisan HEWI dengan
kerjasama anak-anak Terengganu Mansoura. Perlawanan ini dapat dilaksanakan
dengan baik walaupun pada mulanya berlaku beberapa kesulitan dengan pihak
pengurus gelanggang.
Perlawanan
bola jaring mendapat sambutan menggalakkan daripada anak-anak Terengganu
Mansoura. Malah, perlawanan tersebut turut disertai beberapa orang anak negeri
lain sekaligus melahirkan rasa kebersamaaan dan membenihkan kemesraaan antara
pihak terbabit.
Pertemuan
singkat diakhiri dengan penutup MOMENT’13 yang berkonsepkan santai dengan
memberi penekanan tentang kepentingan ukhuwwah antara anak-anak Terengganu yang
berada di Mesir samada yang dekat mahupun yang jauh.
Jamuan
ringan disediakan bagi meraikan pemain bola jaring dan penonton yang hadir.
Sebelum bersurai, para pemain dan penonton sempat merakam kenangan manis dalam
sesi fotografi.
Sesungguhnya,
ukhuwwah Islamiyyah adalah ikatan persaudaraan atas dasar aqidah iaitu Islam.
Tanggungjawab seorang saudara adalah mengajak saudaranya berbuat kebaikan dan
sentiasa mengambil berat perihal saudaranya dikala susah mahupun senang.
Saf kepimpinan HEWI KPT mengharapkan semua anak-anak
Terengganu membudayakan ziarah antara satu sama lain agar ikatan aqidah yang
terpatri lebih subur dan kekal sekaligus menunjukkan kebersamaan di bumi
Anbiya’ ini.
Disediakan Oleh:
Unit Perumahan,
Hal Ehwal Wanita Islam,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2012/2013.