Berikutan
kempen golongan penentang kerajaan yang akan melakukan himpunan besar-besaran
yang dinamakan " Tamarrud " untuk mengggulingkan Presiden Mesir, Dr
Muhammad Mursi pada 30 Jun ini, dengan ini Persekutuan Melayu Republik Arab
Mesir (PMRAM) menasihati kepada seluruh warganegara Malaysia di sini agar
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Sebagai
persediaan menghadapi situasi pada hari tersebut, PMRAM mengharapkan agar semua
rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebagaimana berikut :
1.
Menghentikan segala aktiviti rehlah dan percutian ke semua tempat bermula
daripada 28 Jun.
2. Tidak
membenarkan mana-mana mahasiswa terlibat dan menghampiri sebarang himpunan yang
diadakan sama ada di Kaherah mahupun muhafazah dalam tempoh waktu tersebut.
3.
Dinasihatkan kepada mereka yang akan pulang ke Malaysia agar tidak memilih
tarikh tersebut. Bagi yang tinggal di muhafazah dinasihatkan untuk datang awal
ke Kaherah.
4.
Meningkatkan tahap keselamatan diri masing-masing dan mengurangkan aktiviti
luar.
5.
Mematuhi makluman dan pekeliling keselamtan yang telah dikeluarkan oleh
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar Malaysia di
Kaherah (KBMK).
6.
Sekiranya berlaku sebarang masalah sila laporkan kepada Yang Dipertua Badan
Kebajikan Negeri (BKAN) atau Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM)
atau terus menghubungi Tuan Presiden PMRAM ditalian 0111-3771841.
PMRAM
mengharapkan agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi sentiasa peka dan mengikuti
perkembangan keadaan semasa dan mematuhi segala arahan yang akan
dikeluarkan oleh pihak PMRAM dan KBMK dari masa ke semasa melalui medium
penerangan lawan web dan facebook rasmi PMRAM.
"Memartabat
Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Abdul
Aziz Bin Ali
Presiden,
Persekutuan
Melayu Republik Arab Mesir 2013