Unit Dakwah HEWI KPT telah berjaya mengadakan program Liqa' Gabungan Muzakarah Berkelompok atau dengan nama lain Liqa' Fuad yang mengumpulkan hati-hati dengan ikatan kasih sayang kerana Allah. Program yang diadakan di Taman Al-Azhar ini bermula seawal jam 8.30 pagi dengan bayaran L.E. 16 seorang. Dengan menyediakan 3 tremco bersama 6 musyrif, program ini berjalan dengan jayanya dengan kerjasama setiap ahli yang menyertai.
Tepat jam 9 pagi, program dimulakan dengan taklimat dari Ketua Unit Dakwah dan kemudiannya diteruskan dengan membuat bulatan, duduk di atas tanah lapang. Majlis diserikan dengan ucapan HEWI PMRAM, Ustazah Samihah binti Abdullah yang mengingatkan tentang ukhuwah. Seterusnya ucapan mantan HEWI PMRAM Ustazah Che Amirah binti Che Muda yang lebih banyak menyentuh tentang peperiksaan dan ilmu. Majlis diteruskan dengan permainan kotak beracun yang mendapat tentangan hebat pada awalnya, namun permainan ini yang mampu mengukir senyum lebar di bibir peserta tanda puas hati. Seramai 34 orang peserta yang hadir dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah bersiap sedia untuk membuat sebarang persembahan.
Majlis ditangguhkan dan peserta mencari kawasan masing-masing untuk menikmati juadah yang dibawa sambil menikmati keindahan alam. Jam 11.15 pagi, semua berkumpul kembali untuk acara kedua iaitu persembahan bagi setiap kumpulan. Ada yang membuat tema kumpulan, berpantun, dan ada juga yang membuat perembahan bisu. Pelbagai persembahan kreatif yang dipersembahkan oleh peserta. Persembahan istimewa di akhir acara adalah persembahan dari HEWI, setelah mendapat permintaan daripada ahli.
Setelah selesai semua acara, peserta mengatur langkah masing-masing menikmati keindahan panorama Taman Al-Azhar. Kemudian menunaikan solat zohor di taman tersebut.
Tepat jam 1 petang, semua berkumpul di pintu pagar menunggu tremco untuk pulang. Walaupun terpaksa menunggu lama untuk pulang, keceriaan di wajah peserta masih belum pudar. Semoga program yang dianjurkan ini memberi seribu manfaat kepada semua pihak.