Kini kita telah memasuki Bulan Muharram dan membuka lembaran kehidupan baru dengan tahun baru hijrah. 1430H tidak akan kembali bersua lagi.. kini, 1431H mula menghayun langkah satu persatu menyelusuri kehidupan.. Ayuh, marilah sama-sama kita merenung sejenak sejarah islam yang terlakar di pentas dunia suatu ketika dahulu agar menjadi panduan dan iktibar buat kita semua dalam meneruskan
Muharram telah mengingatkan kita tentang peristiwa hijrah Baginda Rasul S.A.W dari Mekah ke Kota Madinah. Atas benih keyakinan dan keimanan yang teguh lagi utuh, kaum muhajirin dan ansar bersatu mempertahankan islam. Hari pertama dalam takwin Islam dikira bermula dari penghijrahan bersejarah ini yang kemudiannya meletakkan Islam ke mercu kejayaan yang gemilang. Akhirnya,tertegaklah sebuah Negara islam pertama di Madinah Al-Munawwarah sehinggalah islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
Pelbagai daya dan upaya umat islam suatu ketika dahulu, sanggup mengorbankan harta mahupun nyawa demi terus mempertahankan panji-panji islam berkibar agar islam terus gah dan tertegak dengan kebesaran dan keagungannya..
Tapi kini, umat islam seolah-olah hilang pertimbangan ,lupa akan pengorbanan dan zaman keemasan islam suatu ketika dahulu.. Sejarah islam kian dilupakan. Jerih perih perjuangan para perjuang ketika dahulu tidak disambut dan diteruskan.. Alangkah hibanya..
Umat islam semakin hari, semakin hanyut dan leka dengan pesona dunia.. Hawa nafsu dituruti.. Hak-hak islam dikebelakangkan.. Tepatlah sabda nabi s.a.w , bahawa “Al-Wahnu” mengubah segala-galanya.. Islam dicalari noda dan dosa oleh tangan-tangan sebahagian umatnya sendiri. Siapakah yang harus kita persalahkan kalau bukan diri kita sendiri..
Sedar tidak sedar pihak musuh yang telah lama memendam dendam kesumat kepada islam, cuba memadamkan semangat cintakan islam dalam diri umat islam sendiri. Umat islam dileka dan disibukkan dengan urusan duniawi . Dalam masa yang sama, mereka merancang strategik untuk menghapuskan islam secara total.. mereka mengetahui bahawa, kekuatan islam terbina atas asas ukhuwwah islamiyyah dan keimanan yang teguh dalam diri umat islam.. oleh kerana itu, mereka sentiasa
Oleh itu, marilah sama-sama kita memuhasabah dan mengetuk pintu keimanan kita.. persoalannya.. dimanakah kita??apakah peranan kita selaku penerus perjuangan ini?? Adakah kita akan terus membiarkan islam dirobek dan tidak dipertahankan?? Ingatlah. ,kita adalah generasi penyambung perjuangan para rasul .. kita selaku mahasiswa mahasiswi islam mempunyai peranan yang sangat besar dalam memartabatkan islam suatu masa ketika nanti. amanah itu terpundak di atas bahu kita.. menang kalah bukan persoalannya.. apa yang penting adalah jihad diiringi niat yang murni lagi ikhlas.. ayuhlah sama-sama kita berhijrah..
Sabda rasulullah s.a.w “tiada hijrah selepas peristiwa pembukaan kota mekah akan tetapi yang tinggal adalah jihad dan niat”.
Renungkanlah…
Salam 1431H…