PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Wednesday, December 16, 2009

ZIARAH MAQAM AULIYA’

Bendahari HEWI merangkap Unit Sambutan dan Rehlah telah berjaya menganjurkan ziarah maqam wali-wali di sekitar kaherah yang bertolak seawal jam 8.00 pagi. Dengan bilangan peserta yang seramai lebih kurang 30 orang, termasuk sepasang suami isteri yang merupakan ibu bapa pelajar Terengganu-Mansurah, berlangsung dengan meriah sekali.
Menziarahi maqam Sheikh Soleh Al-Ja’afari sehinggalah maqam Sheikh Ahmad bin ‘Athoillah Assakandari di Jabal Muqattam, amat memberi manfaat dan lebih mengenali para ulama’ dengan lebih dekat.

Ziarah maqam kali ini menampilkan penyampai yang cukup berpengalaman Ustaz Mohd Mustafa binMohd Nor dari Negeri Pahang Darul Makmur yang menerangkan panjang lebar tentang maqam-maqam yang diziarahi. Banyak input-input yang diperolehi disamping mengenali dapat wali-wali Allah ini bukan setakat nama sahaja, bahkan peribadi, sifat dan lain–lain lagi.

Rombongan lawatan sempat singgah di Masjid Amru bin Al-‘As untuk berehat seketika dan menikmati makan tengahari disamping menanti masuknya waktu asar untuk bersolat jemaah di sana. Perjalanan menziarahi maqam auliya’ diteruskan setelah semua selesai dan bersedia untuk bergerak ke tempat seterusnya.

Program ini berakhir tepat masuknya waktu Isyak dan terus bertolak pulang dari Jabal Muqattam, kawasan terakhir yang dilawati sekitar jam 6.30 petang. Lebih 30 buah maqam yang sempat diziarahi memberi banyak manfaat kepada seluruh ahli yang menyertai rombongan tersebut.