PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, August 10, 2010

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan

Agaknya anda sudah beribu kali mendengar ungkapan ini "Anda adalah apa yang anda makan". Oleh itu, memilihlah bila makan. Kearifan orang dulu tentang pemakanan kini disahkan oleh kajian sains. Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologi yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya.

Berikut beberapa contoh yang dimaksudkan :


Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah dari mata serta fungsinya.



Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai empat ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa tomato adalah makanan untuk jantung dan darah.



Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan sperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.



Kacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan hemisfera kiri, dan ada sereberum atas dan sereberum bawah, neokortek pun ada juga. Kini kita tahu bahawa kacang walnut mengeluarkan 3 dozen neorotransmiter untuk fungsi otak.



Kacang bunus membantu menyembuh dan memelihara fungsi buah pinggang. YA, kacang bunus betul-betul nampak seperti buah pinggang manusia.



Sayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya pemakanan anda tidak cukup sodiuam, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat.



Buah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk-bentuk organ tadi kelihatan seperti buah tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser.



Buah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?



Keledek menyerupai pankreas dan sebenarnya ia dapat menyeimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.



Buah zaiton pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.



Limau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan keluar masuk limfa dari payudara.



Bawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.


Subhanallah, betapa indahnya ciptaan Allah untuk hamba-hambanya! Bentuk-bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran di atas bukanlah dicipta begitu sahaja, tetapi ia sesuai dengan fungsi dan khasiatnya. Sama-samlah kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

Sumber : http://www.wanibrahim.com