Jejak Mawaddah bersambung lagi setelah ditawaqufkan buat sementara waktu kerana memberi laluan kepada imtihan baru-baru ini. Jejak Mawaddah menyambung siri seterusnya, iaitu Siri 6.
16 Ogos 2010, Pihak HEWI KPT dan ahli berjaya menjejak madam seterusnya, Ustazah Noraisyah binti Abdullah di Haiyyu Asyier, berhampiran Mahattoh Gamek. Beliau sedang menuntut di tahun akhir Kuliah Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar Kaherah, manakala suaminya juga menuntut di tahun akhir Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta. Pasangan ini mempunyai 3 orang cahaya mata.

Jejak Mawaddah kali ini bertujuan melawat puteri Ustazah Noraisyah, Khaulah Al-Hannan yang baru dilahirkan, sekaligus menziarahi beliau yang kurang sihat rentetan dari kelahiran puteri tersebut. Kedatangan tetamu disambut baik dengan layanan mesra dari beliau.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Unit Kebajikan dan diteruskan dengan sedikit ucapan dari Naib Pengerusi HEWI KPT, Ustazah Nadiah binti Remli serta ucapan tuan rumah. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Ustazah Noraisyah sebagai kenang-kenangan dan ucapan terima kasih kerana menyambut kedatangan rombongan pihak HEWI KPT.
Majlis diakhiri dengan ucapan penangguhan dan ucapan terima kasih tuan rumah kepada pihak HEWI KPT kerana sudi mengadakan lawatan ke rumah tersebut.