PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, August 27, 2010

Ziarah HEWI ke Rumah Ahli Yang Ditimpa Musibah

Kaherah, 24 Ogos 2010 - Kepimpinan HEWI KPT turun padang menziarahi ahli ditimpa musibah, Ukhti Aznina Abdul Aziz di rumah beliau, petang sejurus kepulangnya dari Hospital Taufiqiyah membersihkan sisa-sisa kandungan di dalam perut.

Salam Takziah dari seluruh AJKT dan HEWI serta ahli KPT atas ujian yeng menimpa beliau dan suami. Semoga terus tabah menghadapi kehidupan walau ditarik nikmat pinjaman ini. Jangan lemah dan teruslah meminta pada Allah. Moga-moga Allah gantikan yang terbaik dan yakin dengan hikmah yang Allah sembunyikan disebalik ujian ini.

Ketika diziarahi, keadaan nampak semakin baik dan beliau mampu bercakap dan bercerita pengalaman yang dialami. Paling sakit ketika perjalanan sblm menjalani operasi pembersihan rahim.

Keadaan beliau stabil dan ahli-ahli saling tolong-menolong menyediakan sup ayam dan nasi sebagai hidangan untuk santapan. Sumbangan turut disalurkan sebagai tanda ucapan takziah dari seluruh warga KPT.

Pihak KPT mendoakan agar diberi kemudahan pada setiap kesulitan yang dialami. Semoga sentiasa dalam limpahan rahmat kasih sayang Allah selalu.