PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, January 15, 2012

SMATT Terus Melebarkan Hubungan Antarabangsa

KAHERAH, 15 Jan - Solidariti Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) yang menggabungkan suara mahasiswa Islam Malaysia di Timur Tengah terus meluaskan jaringan hubungan dengan beberapa persatuan mahasiswa di negara lain. SMATT yang kini dipengerusikan oleh PMRAM memperkasakan lagi hubungan mahasiswa dengan meluaskan jaringan hubungan antarabangsa.

Selain hubungan rasmi dengan GAMIS yang mewakili persatuan di Malaysia, SMATT terus menjalinkan hubungan dengan persatuan mahasiswa di Indonesia dan Ireland. Hubungan tersebut dijalinkan bagi memastikan percambahan idea dapat dicetuskan antara persatuan-persatuan mahasiswa Islam Malaysia. Bahkan hubungan yang dijalinkan bagi menguatkan suara mahasiswa secara bersama-sama dalam isu yang diketengahkan.

Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman berkata setakat ini hubungan dengan persatuan-persatuan di negara lain adalah untuk dikemaskini semula memandangkan perbincangan antara presiden-presiden persatuan sebelum ini terputus. Kini SMATT akan meneruskan agenda memperkasakan hubungan antarabangsa dengan beberapa negara dalam menyatukan suara mahasiswa Islam Malaysia.

Apa yang penting ialah kerjasama di antara semua persatuan dapat memperkasakan lagi suara mahasiswa. Sebagaimana kerjasama baik antara PMRAM dan GAMIS dalam beberapa isu kebelakangan ini antara insiden di UPSI dan sebagainya,” ujar Presiden PMRAM.
Bahkan selain itu, SMATT juga akan meneruskan perbincangan dalam apa jua isu yang melibatkan sensitiviti agama serta isu mahasiswa sebagai objektif bagi sesi ini.

SMATT menerima respon baik daripada rakan baru kita dalam hubungan antarabangsa iaitu PPIM Ireland, PKPMI-CA (mewakili Indonesi) dan IPI Jepun dalam kerjasama yang ingin dijalinkan,” tambah beliau lagi.

Sumber : PMRAM Pusat