Pendidikan
Merdeka tidak membawa apa-apa makna jika disambut dengan hiburan yang melalaikan. Sambutlah untuk kali ke sejuta tahun sekalipun, tapi kalau generasi pewaris ini tidak di didik, malah di ajar pula menyambutnya dengan konsert, pesta liar, mereka tidak akan memahami erti sebenar kemerdekaan. Buang masa, duit, dan tenaga.
Merdeka tidak membawa apa-apa makna jika disambut dengan hiburan yang melalaikan. Sambutlah untuk kali ke sejuta tahun sekalipun, tapi kalau generasi pewaris ini tidak di didik, malah di ajar pula menyambutnya dengan konsert, pesta liar, mereka tidak akan memahami erti sebenar kemerdekaan. Buang masa, duit, dan tenaga.
Mengapa semangat cintakan negara, semangat kibarkan jalur gemilang semakin pudar kepada rakyat Malaysia? Mungkin kerana mereka tidak merasakan Malaysia itu negara mereka, atau mungkin tidak mendapat manfaat dalam erti kata yang sebenar daripada hasil kekayaan negara.
Cinta Itu Memberi Dan Menerima
Jika mereka ini penat bekerja saban hari, tapi hidup tidak pernah senang dengan kenaikan kos harga barang, peningkatan kadar jenayah dan keruntuhan sistem kekeluargaan. Mungkin ia menjadi faktor mengapa rakyat Malaysia kurang bersemangat menyambut hari penuh bersejarah negara kita. Terbaru kita dikejutkan dengan puluhan kongsi gelap.
Kemerdekaan Melalui Perspektif Islam
Kita sebenarnya tidak pernah merdeka dalam erti kata bebas daripada ketaatan, kepatuhan dan kehambaan kepada Allah. Merdeka mungkin dari sudut luaran, penjajahan. Namun jiwa, pemikiran dan aqidah kita tidak boleh merdeka daripada Islam dan hukum-hakamnya.
Kita Merdeka jika berjaya membebaskan rasa kehambaan kita kepada dunia, manusia kepada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dan undang-undangnya.
Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Malaysia ke-56, semoga Allah SWT pelihara negara kita daripada sebarang anasir yang boleh mengancam kedaulatan dan keamanan negara. Semoga Malaysia terus dipelihara Allah dan tunduk kepada hukum hakamnya.
Kata Al-Imam Al-Ghazali:
"Kalaulah tidak kerana hakim
dan ulama yang jahat pastinya akan berkurangan kejahatan / keburukkan
pemerintah kerana ia (pemerintah ) takut penolakkan mereka yakni (hakim dan
ulama). Tapi apabila hakim/ulama yang ada jahat maka pemerintah tidak akan
takut kepada penentangan hakim / ulama. Maka bertambah kerosakkan."
Dunia
hari ini telah membuktikan, kemajuan, keamanan dan kemewahan dunia yang
berlandaskan pemikiran dan kehendak manusia semata-mata tidak akan membawa
apa-apa makna dan akhirnya tamadun ini akan musnah. Apa yang lebih penting
selaku orang yang beriman adalah mencari keredhaan Allah SWT serta melaksanakan
suruhannya.
Seperti
mana firman Allah SWT di dalam Surah Sabaa' ayat 15:
بلدة طيبة ورب غفور
Maksudnya :
Negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Maka,
PMRAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia di seluruh peringkat untuk
sama-sama kita menghayati erti sebenar kemerdekaan, mensyukuri nikmat keamanan,
serta bersama bersatu membangun, memajukan negara Malaysia yang kita cintai
dalam masa yang sama mendapatkan keredhaan Allah SWT.
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
Muhammad Al-Amin Bin Hj. Salleh
Setiausaha Agung
Persekutuan Melayu Republik Arab
Mesir (PMRAM) 2013