KAHERAH, 20 September – Majlis Perasmian Hari Pengetahuan dan Silaturahim (HPS) 2011 dibawah seliaan Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) KPT Mesir telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Darul Iman, Hayyu Asyier.
HPS kali ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden PMRAM 2011; Saudara Abdul aziz bin Ali. Ketika menyampaikan ucapan, beliau menegaskan bahawa betapa penting mahasiswa baru untuk mengikuti program ini sebagai percambahan thaqafah.
Turut berucap pada majlis perasmian itu, adalah Timbalan Yang Dipertua KPT Mesir; saudara Ahmad Salikin bin Abdul Rahman dan juga Timbalan Pengarah HPS 2011; saudara Syed Ma’aruf bin Syed Akil.
Program yang berlangsung selama dua hari itu telah disusun dengan pelbagai bentuk aktiviti bagi memastikan mahasiswa baru Terengganu memahami kewajipan menuntut ilmu dan persediaan mereka ketika berada di bumi Ambiya’.
Pihak KPT Mesir sentiasa konsisten dalam menjalankan aktiviti yang boleh membentuk jatidiri mahasiswa Islam dan melahirkan generasi yang berwawasan.