15 September 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan pegantin baru; Saudara Muhammad Khairul Aiman bin Mohd Arifin dan Saudari Siti Mariam binti Alias.
Kedua-duanya yang telah berjaya melangsungkan perkahwinan pada 15 September yang lalu adalah merupakan mahasiswa tahun satu Universiti al-Azhar, Kaherah dan ahli KPT Mesir.
Turut hadir pada majlis itu adalah Penolong Pegawai HEP Terengganu; Encik Mohd Rosli bin Awang, Naib Presiden II PMRAM; Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien, Naib Presiden III PMRAM; Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, HEWI PMRAM; Saudara Nur Atiqah binti Yusof .
Seluruh Saf Kepimpinan KPT Mesir dan mahasiswa Terengganu mendoakan semoga beliau berbahagia bersama isteri tercinta.
Selamat menggalas tanggungjawab sebagai suami yang soleh dan isteri yang solehah seterusnya melahirkan zuriat dan umat Rasulullah sollallohu `alaihi wasallam yang bertaqwa sebagai penerus perjuangan Baginda.
Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di Dewan Darul Iman sejurus menunaikan solat isyak berjemaah dan dikendalikan di bawah seliaan Biro dan Unit Kebajikan KPT Mesir dan Unit Bait Muslim KPT Mesir.