KAHERAH, 22 September – Hari Pengetahuan dan Silaturahim KPT Mesir (HPS) 2011 yang berlangsung selama dua hari itu telah menutup tirainya pada 22 september 2011.
Majlis penutupan tersebut telah disempurkan oleh Pengarah USMB PMRAM: Saudara Nor Ahmad Wafiy bin Nor Azri.
Beliau mengingatkan mahasiswa Islam agar sentiasa memberi perhatian dengan pelajaran dan membuat persediaan imtihan qobul yang bakal ditempuhi nanti.
Turut berucap pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua KPT Mesir; saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar.
Menurut beliau, pihak KPT Mesir sentiasa mengambil perhatian tentang kebajikan mahasiswa Terengganu termasuk berkaitan pendidikan serta berharap mahasiswa sentiasa bersama PMRAM dan KPT bagi memacu kelangsungan kesatuan mahasiswa.
Timbalan Pengarah HPS 2011; saudara Syed Ma’aruf bin Syed Akil ketika menyampaikan ucapan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis itu.
Majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada mahasiswa baru dan tayangan khas sempena HPS KPT Mesir 2011.
Pihak penganjur turut menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik HPS KPT Mesir iaitu Saudara Muhammad Aliff bin Yusoff (ikhwah) dan Saudari Noor Atirah bin Adenan (akhawat).
Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi penutup HPS KPT Mesir sebagai tanda penghargaan dan jamuan.
Jamuan yang telah disediakan pada malam tersebut adalah bagi meraikan aktivis KPT Mesir yang telah memberikan komitmen dalam membantu pihak KPT Mesir.
Ianya juga bagi merapatkan lagi ukhuwah fillah dalam kalangan mahasiswa Islam Terengganu dan kesatuan dibawah naungan KPT Mesir.
Pihak KPT Mesir merakamkan sekalung tahniah buat peserta HPS KPT Mesir diatas komitmen yang diberikan dan kepada semua pihak yang telah bersunggguh-sungguh bekerja bagi memastikan kejayaannya.
Semoga Allah ta’ala memberikan pahala yang berlipat kali ganda sebagai amal kebaikan sebagai bekalan di akhirat kelak dan memelihara kesatuan yang dibina sejak sekian lama demi Islam tercinta.