Kesihatan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti kebersihan, makanan serta perubahan suhu persekitaran. Perubahan suhu atau musim memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelbagai perubahan fizikal badan kita.
Secara umumnya, badan kita berfungsi dengan baik pada suhu tertentu/spesifik (36.5-37.2 darjah celcius). Sebarang perubahan suhu persekitaran akan mengakibatkan adaptasi badan kita terhadap perubahan tersebut malah mengganggu sistem imuniti badan terutamanya jika perubahan mendadak. Kesannya, kita terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan virus akibat immuniti yang lemah. Kanak –kanak dan orang tua lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada musim ini.
Batuk, selesema, demam, sakit tekak, sakit badan/sengal badan adalah keadaan/penyakit biasa ketika musim sejuk. Sesak nafas dan frostbite (sel beku dan pengecutan salur darah yang melampau) pula berlaku akibat persekitaran yang terlalu sejuk. Jika keadaan-keadaan ini berlanjutan, sila dapatkan rawatan doktor.
Antara cadangan penjagaan kesihatan pada musim sejuk ialah :
1. Lazimi meminum minuman panas/suam seperti teh herba dan Anise (yansoon@ jintan manis). Makan makanan yang mampu memanaskan badan seperti madu, coklat (bukan gula-gula), halia, lada dan bawang putih.
2. Mandi menggunakan air suam serta elak daripada mandi berulang kali sehari terutamanya pada waktu malam.
3. Pastikan tubuh dilap sehingga kering sebelum keluar daripada bilik air.
4. Elak keluar rumah sejurus selepas mandi. Rehat seketika ( 15-30 minit) sebelum keluar rumah untuk mengelakkan badan terkesan daripada perubahan suhu persekitaran secara mendadak.
5. Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah. Elak memakai pakaian tipis terutamanya bahagian dada.
6. Lazimi amalan membasuh tangan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
7. Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan (seperti oren/limau) dan sayur-sayuran (sayuran hijau) untuk memastikan badan mendapat vitamin-vitamin yang membantu menguatkan immuniti badan. Pengambilan supplement seperti Vitacid @ pilhabbatussauda juga digalakkan.
8. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein yang tinggi (telur, ikan dan daging) dan carbohydrate / kanji (nasi dan kentang). Kurangkan pengambilan lemak berlebihan.
9. Tingkatkan pengambilan air (sebaik-baiknya air suam) untuk membantu merembeskan toksin dalam badan serta mengekalkan suhu badan.
10. JAUHI TABIAT MEROKOK. Meningkatkan kecenderungan untuk mendapat jangkitan sistem pernafasan. Asap rokok mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada penghisap (smoker) tetapi juga orang berhampiran (passive smokers).
11. Elakkan memijak lantai simen yang sejuk tanpa lapik. (pakai selipar @ stokin)
12. Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah.
13. Jika terlalu sejuk, pastikan kain/mafla anda melindungi/menutupi rongga seperti telinga,mulut dan hidung untuk mengurangkan kehilangan haba badan.
14. Lazimi senaman ringkas untuk meningkatkan suhu badan.
15. Buka tingkap bilik anda (30 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu) untuk pengudaraan serta pancaran cahaya matahari.
16. Jauhi makanan dan minuman ringan kerana mampu melemahkan immuniti badan.
17. KECEMASAN – rendam di dalam air suam/ lindungi dengan kain yang tebal dengan SEGERA jika anda mengalami frostbite (rujuk di atas) (bertukar menjadi biru/sangat pucat) pada bahagian jari, hidung dan cuping telinga.
Jika anda menyertai lawatan ke tempat sejuk seperti Sinai, berikut disertakan beberapa cadangan untuk penjagaan kesihatan dan keselamatan :
· Pastikan pakaian anda bersesuaian (Berpakaian sukan. Bagi wanita, pakaian yang memudahkan pergerakan mengikut kesesuaian).
· Pakaian yang tebal dan selesa (rujuk di atas)
· Sebaik-baiknya bawa bekal coklat untuk meningkatkan suhu badan.
· Tutup/ lindung telinga anda untuk mengelakkan kehilangan haba daripada rongga. (elakkan menutup hidung dan mulut dengan kain tebal untuk mengelakkan sesak nafas).
· Bawa air (sebaik-baiknya air panas di dalam termos). Air (walaupun sejuk) amat penting untuk mengelakkan dihidrasi (dehydration @kurang air dalam badan)
· Bergerak dalam kumpulan dan rapat (badan manusia menghasilkan haba).
· Elak duduk berehat terlalu lama (lakukan senaman ringan). Aktiviti/pergerakan badan menghasilkan haba.
UNIT KEBAJIKAN
Hal Ehwal Wanita Islam
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir
Sesi 2011/2012