Bermula kewujudan PMRAM pada tahun 1930 dengan nama awalnya persatuan Putera-Putera Semenanjung (PPS). Ia merupakan satu-satunya persatuan induk yang menaungi mahasiswa/wi Islam dan bermatlamat menyatukan suara anak-anak Melayu serta menjaga kebajikan mereka di Perlembahan Nil ini.
Namun, untuk merealisasikan tujuan, visi dan misi murni ini, PMRAM tidak dapat lari dari segala bentuk tribulasi yang mendatang.Tribulasi inilah yang mematangkan PMRAM dalam mendepani segala isu dan masalah. PMRAM terus mengorak pantas dan mara maju kehadapan mencapai puncak, seiring dengan kehendak semasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Pada hari ini, tanggal 11 April 2012 telah genap 82 tahun usia PMRAM. Ini merupakan satu tempoh usia yang cukup matang dan dewasa, penuh dengan pengalaman yang dapat dalam memandu setiap langkah perjalanan.
Pihak HEWI PMRAM 2012 mengucapkan selamat ulang tahun PMRAM ke-82. Kami mendoakan PMRAM terus utuh dan sentiasa dalam pemeliharaan dan jagaan ALLAH SWT.
KITA PMRAM!