PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, April 1, 2012

Majlis Ramah Mesra dengan Pelajar Terengganu di Mesir Sempena Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Terengganu 2012

SU - Makluman Zakat_edited


Assalamualaikum WBT.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 bekerjasama Penolong Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Terengganu di Mesir, Encik Mohd Rosli bin Awang berkenaan agihan dermasiswa zakat MAIDAM bagi sesi 2012 di Mesir.

 
Sehubungan dengan itu, semua penerima Dermasiswa Zakat MAIDAM sesi ini diwajibkan untuk menghadiri program sepertimana berikut:-

1.          Penerima bagi Muhafazah Kaherah dan Ain Shams sahaja (105 penerima)
 
Hari                           : Khamis
Tarikh                        : 5 April 2012
Masa & Tempat       : **

2.          Penerima bagi Muhafazah Mansurah, Tanta, Zagazig, Dumyat dan Iskandariah (90 penerima)
 
Hari                        : Jumaat
Tarikh                    : 6 April 2012
Masa & Tempat   : **

**KPT Mesir akan memaklumkan semula kerana masih menunggu respon dan tindakan dari Penolong Pegawai HEP Terengganu berkenaan pengurusan Masa & Tempat.

Penerima Dermasiswa Zakat MAIDAM kali ini akan menerima sebahagian kecil kadar agihan zakat ketika program ini dan sebahagian lagi akan diagihkan semula oleh MAIDAM.

Senarai nama penerima Dermasiswa Zakat MAIDAM mengikut tempat agihan zakat telah diumumkan melalui web KPT Mesir atau klik di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai program tersebut, sila rujuk kepada:-

  1.  Penolong Pegawai HEP Terengganu, Encik Mohd Rosli bin Awang (+201128280909)
  2.  Setiausaha KPT Mesir, saudara Wan Mohd Khairuddin bin Wan Isa (+201140435469)
  3.  Setiausaha HEWI KPT Mesir, saudari Naufal binti Kamaruddin (+201116035380)
  4.  atau terus menghubungi pihak MAIDAM (+609-630 3030)

Pihak KPT Mesir sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan mahasiswa Terengganu di Mesir sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya. Oleh itu, hubungan baik antara pihak KPT Mesir dengan pelbagai pihak terus diperluaskan serta diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk kerjasama.

Kami memohon kerjasama dan jasa baik dari seluruh mahasiswa Islam Terengganu agar sentiasa prihatin terhadap makluman yang diberikan dari semasa ke semasa melalui medium sebaran KPT Mesir. Diharapkan dapat disebarkan kepada yang berkenaan.

Sekian, wassalam.

“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
“BERILMU DAN BERAMAL”

Yang menjalankan amanah,

WAN MOHD KHAIRUDDIN BIN WAN ISA
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.