Kaherah, 10 Nov 2012 – Mahasisiwi Keluarga Penuntut-penuntut
Terengganu (KPT) Mesir telah menjayakan siri ke II program Basic Informaton
of Technology (BIOT) pada Selasa
baru-baru ini. BIOT yang diadakan adalah antara inisiatif Unit Informasi dan
Penerbitan KPT Mesir sesi ini dalam melahirkan mahasisiwi berkredibiliti seiiring dunia maju hari ini dan sekaligus
menyahut usul Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Persekutuan Melayu Republik Arab
Mesir (PMRAM) iaitu “Memperanankan Mahasiswi Berkredibiliti”.
Sambutan baik di peringkat ahli membuka peluang pada ahli
KPT siswi untuk mengasah bakat dan berkongsi kemahiran dalam ilmu
pengkomputeran. Kerjasama di peringkat ahli dan pimpinan memberi peranan
penting dalam memandu bahtera KPT mencipta kejayaan melahirkan Anak-anak
Terengganu yang berguna untuk umat.
Program yang dianjurkan menunjukkan KPT prihatin pada
kebajikan ahli dari pelbagai sudut. BIOT adalah pembinaan kemahiran dan latihan
kepada mahasiswi khususnya untuk cemerlang dalam lapangan sistem
pengkomputeran.
Saf kepimpinan HEWI KPT mengucapkan tahniah pada mahasisiwi
yang berjaya memberi komitmen penuh sepanjang program. Praktikal kemahiran
boleh dikembangkan dalam penyertaan ahli dalam program-program anjuran KPT atau PMRAM. Ini menunjukkan
kebersamaan ahli dan pimpinan dalam menyahut tema KPT iaitu, “Berilmu dan
Beramal”.