KAHERAH, 15
November 2012- Hal Ehwal Wanita Islam
(HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir telah mengadakan
Jaulah ke Abu Ela’ di bawah seliaan Unit Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama
Urusetia Mahasiswa Baru (USMB ’12).
Penyertaan
bukan hanya melibatkan ahli KPT yang
menetap di rumah BKAN, malah turut disertai oleh ahli yang menetap di rumah sewa. Ruang sebegini
dilihat positif dalam mewujudkan perpaduan antara ahli Keluarga
Penuntut-penuntut Terengganu Mesir yang
bermukim di rumah BKAN dengan ahli-ahli lain yang tinggal di luar sekaligus
menyahut usul yang disepakati bersama pada sesi ini iaitu “ Mengukuhkan
kesatuan di bawah naungan KPT“ dengan
meningkatkan kebersamaan dalam kalangan mahasiswa KPT Mesir yang jauh dan dekat.
Sebagai persediaan
menghadapi musim sejuk tahun ini, HEWI KPT Mesir mengambil inisiatif
menganjurkan jaulah ini untuk membeli keperluan mahasiswi dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim di antara pelajar baru.
Semoga kebersamaan
ahli dalam setiap program anjuran KPT dapat memberi impak yang positif bagi memastikan
kelangsungan KPT pada masa akan datang.