21 November, Kaherah- Saf
kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu
(KPT) Mesir Sesi 2012/2013 telah
mengadakan kunjungan mahabbah ke rumah Saudari Ainatul Mardhiyyah binti
Zakariya serta pasangannya, Saudara Mohd Kamal bin Mohd Shah sempena kelahiran
anak sulung mereka.
Tanggal
17 November 2012 menjadi detik bermakna buat mereka apabila menerima kehadiran
puteri baru ke dunia ini. Bayi tersebut dilahirkan sekitar jam tiga pagi di Hospital Taufiqiah dengan berat sebanyak
2.3 kilogram.
Semoga
dengan kelahiran ini dapat menambahkan lagi generasi rabbani sebagai pemangkin
perjuangan Islam pada masa akan datang.
”كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو
يمجسانه”
Ertinya: “Setiap
kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan bersih suci (Islam). Maka kedua ibu
bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”
Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim