Kepimpinan HEWI PMRAM terus komited dalam menjayakan agenda kebajikan
yang merupakan denyut nadi bersama seluruh ahli PMRAM Cawangan. Pada kali ini, barisan
kepimpinan berpeluang untuk beramah mesra dengan mahasiswi baru PMRAM Cawangan
Terengganu seramai 8 orang yang bertempat di Kompleks Keluarga
Penuntut-penuntut Terengganu, Hayyu Asyir, Kaherah. Mereka selamat tiba di
Mesir tanggal 14 Ogos 2013 di mana ketika itu berlaku pergolakan menolak
rampasan kuasa di Mesir.
Ziarah sulung ini disambut baik oleh AJK HEWI KPT MESIR bersama
mahasiswi-mahasiswa baru Terengganu pada jam 4.30 petang. Pertemuan ini
dimulakan dengan sedikit suai kenal dan diteruskan dengan pelbagai lontaran
pertanyaaan dari tunas harapan mahasiswi baru. Tidak ketinggalan juga barisan
kepimpinan HEWI turut berkongsi pengalaman sebagai motivasi dan pembakar
semangat untuk terus tekun meneruskan cita-cita menuntut ilmu di Ardhil Kinanah
ini.
Mengakhiri ziarah pada kali ini, sedikit kalam taujihat telah disampaikan
oleh Saudari Siti Sarah bt Bushari, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2013. Beliau
menasihati agar mahasiswi-mahasiswi ini sentiasa optimis dengan segala
perancangan Allah SWT dan terus thabat mengharungi segala ranjau dan onak
berduri sepanjang menuntut ilmu di bumi Mesir ini.
Semoga kunjungan mahabbah ini menjadi titik permulaan ke arah
mengukuhkan kesatuan bersama dan juga perintis untuk melahirkan genarasi
terulung dalam mewarisi kesinambungan mahasiswi baru di sini.
"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"