Kaherah , 16 Ogos 2013 - Rombongan mahasiswa dan mahasiswi baru Terengganu seramai 28 orang selamat tiba di Kota Seribu Menara, Kaherah pada 14 Ogos 2013 dan kehadiran mereka disambut oleh ahli jawatankuasa Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB '13) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan kerjasama PMRAM Cawangan Terengganu di lapangan terbang antarabangsa Kaherah .
Walaubagaimanapun , ketibaan mereka pada waktu itu yang diisiytiharkan oleh kerajaan sementara Mesir sebagai waktu perintah berkurung bermula jam 7 malam hingga 6 pagi menyebabkan mereka terpaksa bermalam di lapangan terbang untuk seketika sahaja sementara tempoh perintah berkurung tamat jam 6 pagi. Bas yang akan membawa pulang mahasiswa dari lapangan terbang tiba jam 7.45 pagi di lapangan terbang antarabangsa Kaherah dan selamat tiba di Kompleks Kediaman Pelajar Malaysia, Hayyu Asyir pada pukul 8.30 pagi. Kesemua mahasiswa dan mahasiswi baru ditempatkan di Kompleks Asrama Pelajar Terengganu, hayyu Asyir di bawah seliaan dan pantauan ahli jawatankuasa PMRAM cawangan Terengganu .
Pihak Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB '13) Cawangan Terengganu telah menyusun beberapa aktiviti dan program bagi memberi pengisian dan taklimat berkenaan bumi Mesir sementara mengisi masa terluang yang ada lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang tidak mengizinkan mereka keluar dari kawasan kediaman .
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"