Kaherah, 31 Ogos 2013 - Situasi bergolak di Mesir sekarang tidak menghalang untuk
mengadakan aktiviti demi memberi pengisian yang terbaik buat warga Malaysia
yang tinggal di Mesir. Dengan itu, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
(PMRAM) menyusun beberapa pengisian bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari
Kemerdekaan kali ke-56. Program yang berlangsung di Padang Gunners, Hayyu Sadis
dan dihadiri lebih kurang 150 orang warga Malaysia yang masih menetap
di bumi Mesir ini.
Program ini bermula jam 4.00 petang
sehingga 7.00 malam. Program dimulakan dengan permainan futsal ukhuwah,
seterusnya solat maghrib dan solat hajat secara berjemaah.
Turut serta dalam program
Futsal Merdeka PMRAM 2013 ini ialah Ustaz Mohammad Farid Bin Mohammad
Zainal selaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir.
"Alhamdulillah, kita tidak
sangka kehadiran seramai ini. Selain itu, terima kasih diucapkan atas kerjasama
disemua peringkat, program yang telah disusun berjalan dengan lancar."
Ujar Saudara Ahmad Anas Bin Che Yusof selaku pengarah program Futsal
Merdeka PMRAM 2013.
PMRAM mengucapkan ribuan terima
kasih diatas sokongan semua pihak yang menjayakan Futsal Merdeka pada tahun
ini. Bersama meribatkan kesatuan sesama anak-anak Malaysia di sini dibawah
kesatuan PMRAM.
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN
KESATUAN"