Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya, yang telah menjadikan setiap sesuatu itu lengkap dengan hikmahnya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat. Sahabat-sahabat BKKIMM seperjuangan sekalian. Firman Allah swt. dalam surah Ali-Imran ayat 167 yang bermaksud: Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik kepada mereka dikatakan: “marilah berperang dijalan Allah atau pertahankanlah dirimu”. Mereka berkata: “sekiranya kami mengetahui akan terjadinya peperangan, tentulah kami mengikuti kamu”. Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung di dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan. Berkata Mujahid daripada Jabir Bin Abdullah bahawa sesungguhnya ayat ini telah ditujukan kepada Abdullah Bin Ubai Bin Salul dan para sahabatnya pada peperangan uhud. Ketika mana beliau mengatakan kepada tentera muslimin, “sekiranya kami mengetahui akan terjadinya peperangan, tentulah kami mengikuti kamu”, akan tetapi kenyataan ini hanyalah retorik semata-mata bagi mengaburi apa yang tersemat di hati mereka yang sebenarnya tidak ingin bersama dengan tentera muslimin bagi mempertahankan kemenangan Islam. Mereka mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak terkandung di dalam hati mereka. Daripada sirah yang diceritakan secara ringkas ini, banyak pedoman dan pengajaran yang diperoleh daripadanya. Pedoman dan pengajaran bagaimana tentera Islam telah tewas pada peperangan Uhud di tangan musyrikin yang beriya-iya ingin membalas dendam di atas kekalahan mereka dalam peperangan Badar. Strategi musyrikin yang telah berjaya memperdaya sebilangan tentera Uhud yang telah diamanahkan untuk berjaga di bukit memanah. Jangan sesekali meraka turun dari bukit memanah selagi mana arahan daripada Rasulullah s.a.w. tidak dikeluarkan. Mereka telah dikaburi dengan harta serta kemenangan yang masih belum mereka miliki pada ketika itu. Maka mereka telah turun dari bukit memanah sehingga menyebabkan serangan balas pihak musyrikin terus menghilangkan bayangan kemenangan tentera Islam dalam peperangan Uhud tersebut. Begitu juga kita pada hari ini, dalam menghadapi rintangan perjuangan dakwah ini, semestinya kita berhadapan dengan golongan-golongan yang bersifat sedemikian yang terkadang menjadi duri dalam daging dalam perjalanan dakwah kita. Juga terdapat mereka yang bersifat seperti mana ayat yang dinyatakan di atas yang terkadang datang dengan hasat dengki yang membuku di hati mereka di sebabkan pengaruh Islam yang di bawa melalui BKKIMM. Orang terdahulu telah mengamanahkan kepada kita untuk menjaga dan memperjuangkan BKKIMM serta dakwahnya. Sanggupkah kita mengulangi kesilapan tentera Uhud abad baru dengan meninggalkan BKKIMM disebabkan terkabur dengan desakan sesetengah pihak? Ketahuilah bahawa darah 70 syuhada’ Uhud masih merah mengalir di pedang musyrikin? Aliran darah yang telah memerahkan lantai sirah Islam yang masih belum kering disebabkan kesilapan sebilangan tentera Uhud. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Taubah ayat 42 yang bermaksud: Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah: “jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu”, mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta. Sahabat-sahabat BKKIMM seperjuangan sekalian. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir yang kini menjangkau 35 tahun perjalanan dakwahnya kini berhadapan dengan ujian yang telah merencatkan perjalanan dakwahnya seketika waktu. Kepada semua ahli BKKIMM, kami di pihak kepimpinan BKKIMM menyeru kepada semua ahli untuk terus bersama dengan kepimpinan bagi memastikan dakwah yang sekian lama berjalan di BKKIMM terus terlaksana. Justeru kami telah meletakkan pendirian utama kenapa BKKIMM mesti dipertahankan. Berikut adalah pendirian yang telah dipersetujui oleh saf kepimpinan BKKIMM sesi 2010/2011 : Tidak bersetuju dengan penubuhan IMAM dan akan tetap memperkukuhkan BKKIMM. Berpaksikan kepada hujah-hujah di bawah maka pendirian ini dijadikan sebagai satu kemestian BKKIMM terus dipertahan dan diperjuangkan: i. BKKIMM sudah sedia berpengalaman dan mempunyaI sistem undang-undang tubuh yang kukuh serta mempunyai ramai ahli yang berdaftar. ii. IMAM bukan suara mahasiswa anak Melaka kerana penubuhannya bukan daripada suara ahli. iii. Mewujudkan perpecahan dikalangan anak Melaka. iv. Menyusahkan mahasiswa kerana menghasilkan perkara yang sudah sedia ada dan membuang masa belajar mahasiswa. v. Hala tuju IMAM yang tidak jelas. Contohnya tidak menjaga kebajikan anak-anak Melaka di Mesir ketika mana isu ugutan penarikan TAPEM. vi. Melambatkan proses perjalanan dakwah dan kebajikan. Keberadaan BKKIMM di Mesir sukar untuk dinafikan walau ia tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri Melaka. Kerana semestinya kita faham, kebenaran Islam bukan terletak pada menang atau kalahnya Islam, akan tetapi keikhlasan usaha kita yang ingin memperjuangkan Islam akan dinilai di mahsyar kelak. Justeru sebagai perhatian kepada seluruh ahli BKKIMM di segenap pelusuk Bumi Anbiya’ untuk terus berkerja demi Islam yang tercinta melalui program BKKIMM yang akan diteruskan seperti biasa terutama merangkumi dakwah dan kebajikan. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Taubah ayat 105 yang bermaksud: Sahabat-sahabat BKKIMM seperjuangan sekalian. Mengambil pengajaran daripada peperangan Badar dan Uhud tersebut, jawapan kepada persoalan (apakah kita akan bersama Islam kerana kemenangan Islam dalam peperangan Badar?, dan kita akan berpaling tadah daripada Islam dengan kekalahan sementara Uhud?, ataukah kita akan terus bersama Islam di kala menang dan kalahnya?) mesti dijelaskan. Menang kalahnya Islam bukan menjadi kayu ukur dalam mentafsir kebenaran Islam itu sendiri. Yakin dan percayalah, kebenaran akan terjelas akhirnya walau kita tidak mampu meletakkan tarikh yang tepat bilakah kemenangan kebenaran itu. Apa yang penting, tiada senjata yang paling tajam untuk berperang melainkan senjata kesatuan dalam jemaah seluruhnya. Bersama kita memperkukuhkan kesatuan dalam BKKIMM dengan meletakkan thabat dan ithar kepada BKKIMM serta bersabar dengan ujian yang kita hadapi. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ankabut ayat 5 yang bermaksud: Wa Allahu Ta’la ‘Alam. Harman Bin Hassan
Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan kamu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya apa yang telah kamu kerjakan.
Barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu pasti datang dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2010/2011
Tiada Umrah bagi Penduduk Gaza
9 years ago