5 Mei 2011, Kaherah – PMRAM Cawangan Terengganu menyokong penuh usul yang telah dibentangkan oleh PMRAM Cawangan Selangor yang berbunyi “Bersatu Mempertahankan BKKIMM – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir”. Usul tersebut dibentang dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-78 pada 4 Mei 2011 di Dewan Soleh Abdullah Kamil. Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar ketika ditemui menegaskan bahawa pihak KPT Mesir bersedia membantu pihak BKKIMM bagi meneruskan kelangsungan dakwah dan kebajikan mahasiswa Islam Melaka Mesir. Ketika memperbahaskan usul tersebut, Saudara Abu Jihad bin Ahmad Sabri yang juga perwakilan PMRAM Cawangan Terengganu telah menyuara dan meletakkan harapan agar seluruh mahasiswa Mesir sama-sama mempertahankan kesatuan anak-anak Melaka di bawah BKKIMM. Kewujudan BKKIMM sebagai wadah penyatuan mahasiswa Melaka tidak harus dibiar untuk dirobohkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, sejajar dengan tuntutan Islam untuk memelihara semangat ukhuwah islamiah haruslah didokong. Sokongan yang diberikan ini membuktikan kesatuan mahasiswa Malaysia Mesir di bawah naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Moga ukhuwah yang terbina akan terus utuh dan dipelihara oleh Allah SWT.
Tiada Umrah bagi Penduduk Gaza
9 years ago