15 Mei 2011 : Majlis Liqa’ Mahabbah antara Pimpinan KPT Mesir bersama Badan Pengurus dan HEWI Angkat PMRAM Cawangan Terengganu telah berlangsung dengan penuh mesra. Liqa’ tersebut dihadiri oleh Naib Presiden II PMRAM Pusat; Saudara Solehuddin bin Mohd Safien, BP dan HEWI Angkat KPT Mesir serta AJKT dan HEWI KPT Mesir.
Liqa’ tersebut adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara Pimpinan KPT Mesir dengan BP Angkat baru iaitu Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi yang memegang portfolio Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM. Manakala HEWI Angkat pula ialah Saudari Nor Akmaizan binti Yusof yang memegang jawatan sebagai Setiausaha HEWI PMRAM bagi sesi 2011 ini.
Liqa’ yang berlangsung hampir dua jam tersebut dimulakan dengan sesi ta`aruf antara Pimpinan KPT Mesir dan Pimpinan PMRAM Pusat. Seterusnya ucapan aluan daripada YDP KPT Mesir yang menyatakan komitmen KPT Mesir bagi membantu PMRAM dalam meneruskan agenda kebajikan dan dakwah kepada mahasiswa Islam Mesir.
Liqa’ itu diteruskan dengan ucapan dan harapan daripada BP dan HEWI Angkat yang menyatakan hasrat mereka kepada KPT Mesir untuk sesi kali ini. Beliau juga banyak menekankan agar pada sesi ini hubungan erat antara KPT Mesir dan PMRAM Pusat terus terjalin dengan eratnya.
Dalam pertemuan tersebut juga, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan survival KPT Mesir dan PMRAM Pusat serta isu kebajikan mahasiswa Terengganu.
Liqa’ tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YDP KPT Mesir kepada Badan Pengurus dan HEWI Angkat bagi PMRAM Cawangan Terengganu. Semoga majlis yang diadakan dapat memperkukuhkan lagi hubungan baik dua pihak dan menjayakan agenda dakwah Islam.
Pihak KPT Mesir mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat PMRAM Pusat atas usaha yang jitu demi memartabatkan kesatuan mahasiswa Islam Mesir.