KAHERAH, 30 September – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan selamat menghadapi imtihan qobul kepada seluruh mahasiswa baru dan semoga Berjaya dengan cemerlang.
Justeru itu, pelbagai pendekatan telah direncana bagi menjayakan agenda kecemerlangan mahasiswa Islam. Ianya juga bagi menyahut hasrat kerajaan nageri Terengganu yang ingin melahirkan modal insan yang cemerlang.
Menurut Ketua Biro Akademik KPT Mesir; Saudara Mohd Zahani bin Abdul Rahman, pihak KPT Mesir telah merangkan pelbagai bentuk usaha sebagai persediaan mahasiswa baru menghadapi imtihan qobul antaranya kelas bahasa arab, ‘study group’ dan motivasi peperiksaan.
Hari ini Pihak KPT Mesir telah mengadakan solat hajat yang turut dihadiri oleh Badan Pengurus dan Hewi angkat PMRAM cawangan Terengganu.
Kehadiran mereka membuktikan kebersamaan PMRAM dan kesungguhan bagi melihat mahasiswa baru terus cemerlang dalam akademik.
Seluruh saf kepimpinan PMRAM dan KPT Mesir sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang buat seluruh mahasiswa baru.