PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Wednesday, October 12, 2011

MAHASISWA BARU ISKANDARIAH : MERIBAT KESATUAN KPT MESIR

ISKANDARIAH, 11 Oktober – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) terus nekad menyatukan mahasiswa Islam Terengganu di Mesir. Ianya adalah sejajar dengan matlamat penubuhannya.


Pada 7 Oktober yang lalu, telah diadakan pertemuaan mahabbah bersama mahasiswa baru Terengganu dibawah seliaan perubatan cawangan Iskandariah (PCI) sempena program AHLAN ‘11.


Pihak KPT Mesir telah diwakili oleh Saudara Ahmad Ulwan bin Hassim; Naib Setiausaha KPT Mesir, Saudari Naufal Binti Kamaruddin; Setiausaha HEWI KPT Mesir dan juga Saudari Nur Farhana Hanafi; Ketua Unit Perumahan HEWI KPT Mesir.


Seramai 30 orang mahasiswa baru dari negeri Terengganu hadir dalam majlis pertemuan tersebut. Mereka merupakan mahasiswa tajaan MARA yang terpilih untuk menyambung pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan dan juga dalam bidang pergigian.


Menurut Saudara Ahmad Ulwan bin Hassim ketika menyampaikan ucapan menegaskan bahawa pihak KPT Mesir sentiasa konsisten dan berusaha sedaya upaya membantu mahasiswa Terengganu dalam setiap aspek termasuk pendidikan dan kebajikan.


Pertemuan tersebut selain memperkenalkan KPT Mesir, peranan dan tanggungjawab. Ianya juga membuka ruang kepada mahasiswa baru untuk menimbulkan persoalan dan juga dibincangkan beberapa perkara termasuk cara permohonan zakat MAIDAM.


Pihak KPT Mesir juga berharap kehadiran mahasiswa baru akan terus melahirkan modal insan yang bakal berkhidmat untuk agama, negara dan masyarakat sebagimana yang diharapkan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu.


Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan mahasiswa baru perubatan diatas kerjasama yang diberikan.


Semoga kesatuan mahasiswa Islam Terengganu yang dibina sejak sekian lama akan terus dipelihara Allah ta’ala dalam mengerakkan agenda dakwah Islam.