PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, October 6, 2011

LIQA' FASILITATOR : USAHA JAYAKAN AGENDA TARBIYYAH

Kaherah, 4 Oktober 2011 – Liqa’ fasilitator peringkat negeri Terengganu telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Darul Iman. Ianya dihadiri oleh jentera fasilitator KPT Mesir ikhwah dan akhawat.


Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan menegaskan bahawa pihak KPT Mesir serius dan sentiasa berusaha mencari makanisma terbaik meningkatkan tarbiyyah dalam kalangan ahli.


Usaha memantapkan muzakarah berkelompok (MB) merupakan antara perencanaan berterusan KPT Mesir bagi menjayakan usul mesyuarat agung tahunan kali ke-46.


Pihak KPT Mesir menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi Islam Terengganu untuk menjadikan hari jumaat sebagai waktu untuk bersama ahli MB.


Justeru itu, seluruh jentera fasilitator dan mahasiswa/wi Islam diseru untuk memberikan komitmen yang terbaik terhadap MB yang dijalankan.


Semoga dengan usaha ini akan membuahkan hasil cemerlang bagi melahirkan modal insan yang berwibawa untuk memimpin masyarakat Islam apabila pulang ke Malaysia nanti.