PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Monday, October 24, 2011

Makluman Penting: Agihan Dermasiswa MAIDAM kali Kedua

YDP - Makluman Zakat


Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) memohon seluruh penerima dermasiswa MAIDAM 2010 agar mengambil perhatian terhadap beberapa perkara sepertimana berikut :-

1) Majlis agihan dermasiswa MAIDAM 2010 kali kedua akan diadakan pada pertengahan bulan November 2011 di Mesir.

2) Senarai nama penerima dermasiswa telah dikeluarkan melalui web KPT Mesir atau sila klik disini.

3) Bagi mereka yang tidak tersenarai dalam senarai nama yang telah dikeluarkan adalah mereka tidak akan menerima agihan pada kali kedua.

4) Setiap penerima perlu memberikan beberapa perkara maklumat berikut :-

I. No akaun bank HSBC
II. No. telefon bimbit di Mesir

* Serahkan kepada pihak KPT Mesir selewatnya-lewatnya pada 30 Oktober 2011 melalui email: infokpt@gmail.com atau berurusan di pejabat KPT Mesir (1.00pm – 4.00pm sahaja).

* Bagi penerima yang tiada akaun HSBC, boleh bagi akaun yang lain tetapi wang dermasiswa MAIDAM tidak dapat dikeluarkan di Mesir.

5) Penerima zakat kali kedua diwajibkan hadir ke majlis yang dianjurkan oleh MAIDAM di Mesir pada pertengahan November ini. Ketidakhadiran penerima perlu mendapat keizinan dari pihak MAIDAM.

6) Mahasiswa/wi tahun akhir yang telah tamat pengajian dan pulang Malaysia perlu menuntut wang dermasiswa di MAIDAM, Kuala Terengganu dengan membawa bersama Syahadah Muaqatah sebagai bukti tamat pengajian.

7) Permohonan dermasiswa MAIDAM 2011 sudah dibuka kepada semua yang layak memohon. Pihak KPT Mesir akan membuka tempoh menyerahkan borang permohonan zakat 2011 pada waktu yang akan diumumkan nanti.

8) Pihak KPT Mesir telah membentuk Jawatankuasa Khas yang akan menguruskan zakat bagi memudahkan urusan nanti (akan diumumkan semula).

9) Segala permasalahan boleh dirujuk kepada pihak KPT Mesir atau terus berhubung pihak MAIDAM melalui Cik Hamida Tel: +609-630 3030 samb. 3021

Kami memohon jasa baik seluruh mahasiswa Islam Terengganu agar sentiasa prihatin terhadap makluman yang akan diberikan dari semasa ke semasa melalui medium KPT Mesir.
Pihak KPT Mesir sentiasa konsisten dalam memastikan kebajikan mahasiswa Terengganu diberi perhatian yang sewajarnya.
Oleh itu, hubungan baik antara pihak KPT Mesir dan MAIDAM terus diperluaskan serta diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk kerjasama.

Sekian, wassalam.

“BERILMU DAN BERAMAL”
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”



MOHD ZAHANI BIN ABDUL GHANI
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011 / 2012
Pejabat KPT Mesir, Kompleks Darul Iman,
Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.