PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Saturday, October 15, 2011

KPT MESIR BERSAMA MAHASISWA BARU PERUBATAN AL-AZHAR

KAHERAH, 14 Oktober 2011 – Agenda menyatukan mahasiswa Terengganu terus diberi perhatian sewajarnya demi kesinambungan wadah kebajikan sejajar dengan matlamat penubuhannya.


Majlis pertemuan mahasiswa perubatan bersama saf kepimpinan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah diadakan bertempat di Dewan Darul Iman.


Pertemuan tersebut bagi memperkenalkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang beroperasi demi kebajikan ahli disetiap negeri.


Suasana mahabbah terpancar di sesi ta’aruf bersama mahasiswa baru dan penghuni kompleks yang menceriakan lagi suasana.


Ianya diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar yang mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baru.


Beliau menegaskan bahawa pihak KPT Mesir kosisten dalam menjayakan agenda kebajikan dan akademik mahasiswa dengan pelbagai pendekatan telah direncakan.


Pada slot soaljawab, mahasiswa baru telah memberikan respon baik dengan pelbagai soalan dilontar.


Pihak KPT Mesir mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih diatas komitmen yang diberikan. Semoga ukhuwah yang dibina berkekalan dan mendapat redha Allah ta’ala.