Sempena musim imtihan yang dihadapi oleh warga mahasiswa, maka pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) menyeru seluruh mahasiswa mengambil berat terhadap kesihatan diri sama ada dari sudut rohani dan jasmani. Untuk makluman, seorang mahasiswi perubatan tahun 4 di Iskandariah telah dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti sakit tibi. Pihak KPT Mesir telah mengadakan solat hajat memohon Allah SWT mengurniakan kesihatan kepada beliau. Ketika dihubungi oleh pihak KPT Mesir hari ini, keadaan beliau dilaporkan stabil. Selain itu, mahasiswa juga diingatkan untuk mengambil perhatian terhadap segala urusan yang berkaitan dengan imtihan bagi persediaan menghadapinya. Sekian, wassalam. “KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH” “BERILMU DAN BERAMAL” MOHD FAREZUAN BIN MAT AZAHAR
Ketua Biro Kebajikan,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2010/2011.
Tiada Umrah bagi Penduduk Gaza
9 years ago