Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah menghantar surat untuk memohon penjelasan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) terhadap isu mahasiswa Terengganu Mesir yang ditimbulkan baru-baru ini. Perkara tersebut telah dibangkitkan ketika majlis penyerahan wang dermasiswa yang diadakan pada 30 Mei 2011 di Kuala Terengganu. Antara isu yang ditimbulkan:- Pihak KPT Mesir memandang serius terhadap isu yang telah ditimbulkan dan mendapati perkara tersebut kurang tepat dan perlu kepada penelitian yang lebih jelas. Selain itu, ia juga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan mahasiswa Islam Terengganu di Mesir. Oleh itu, pihak KPT Mesir telah mengambil keputusan untuk memohon penjelasan yang sewajarnya dan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu tersebut secara bijaksana. KPT Mesir menggesa agar mahasiswa tidak mengambil tindakan yang melanggar syariat Islam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Mahasiswa juga diseru agar memberikan fokus dan persediaan yang sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang sedang berjalan. Namun pihak KPT Mesir juga ingin menegaskan bahawa pihak kami akan tetap memberikan kerjasama kepada pihak berwajib bagi memastikan kebajikan dan kecemerlangan akademik mahasiswa terus diutamakan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu. Kami doakan kejayaan yang cemerlang buat seluruh mahasiswa Terengganu Mesir di dunia dan akhirat. Sekian, wassalam. “KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH” MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR Pejabat KPT, Kompleks Darul Iman,
“BERILMU DAN BERAMAL”
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2010/2011.
Hayyu Asyir, Kaherah.
Tiada Umrah bagi Penduduk Gaza
9 years ago