Assalamualaikum, puji-pujian hanya bagi Allah SWT; Tuhan Pencipta alam semesta. Selawat dan salam buat Junjungan mulia; Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam, keluarga dan para sahabat baginda. Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) sentiasa komited menjayakan agenda kecemerlangan mahasiswa Islam dalam meningkatkan pencapaian akademik dan thaqafah. Sesuai dengan kesinambungan tema PMRAM pada tahun ini; “Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah”, maka pihak KPT Mesir telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menjana minda mahasiswa Islam sebagaimana sifat Islam itu sendiri yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan. Agenda kecemerlangan dan pendidikan merupakan antara matlamat penubuhan KPT Mesir dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kesedaran dalam kalangan ahli KPT Mesir. Sehubungan dengan itu, KPT Mesir melalui Biro dan Unit Akademik pada tahun ini telah menggariskan beberapa langkah selari dengan pendekatan PMRAM Pusat “Misi Mumtaz Imtihan” (MMI). Antara fokus yang ingin dicapai adalah:- § Hidupkan Budaya Membaca § Lazimi Study Group § Jom Ke Kuliah § Sifar Rasib § Mantapkan Bahasa Arab Selain itu, penerapan thaqafah kepada ahli sentiasa dipupuk dari semasa ke semasa melalui forum ilmiah, kelas tafaquh fiddin, majlis motivasi imtihan dan lain-lain lagi. KPT Mesir menyeru kepada seluruh mahasiswa Islam agar menumpukan perhatian dan membuat persediaan sebaiknya untuk menghadapi imtihan. Pengurusan diri dan disiplin terhadap waktu perlu diambil perhatian agar tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah serta hubungan sesama manusia. Mutiara Kata:- “Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan”. SALAM MUJAHADAH BUAT PEJUANG…. Sekian, wassalam. “KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH” MOHD ZAHANI BIN ABDUL GHANI
“BERILMU DAN BERAMAL”
Ketua Biro Akademik,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2010/2011.
Tiada Umrah bagi Penduduk Gaza
9 years ago