KAHERAH, 25 NOVEMBER 2011- Biro dan Unit Dakwah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu sekali lagi telah berjaya menganjurkan program mingguan KPT, Ijtima’ Usbuie. Berbeza dari minggu sebelumnya, program pada minggu ini diadakan berbentuk tayangan video bagi menarik minat ahli untuk turut sama menghadirkan diri.
Sebanyak empat buah video dipaparkan kepada hadirin berkisar mengenai Biah Solehah. Antara aspek yang ditekankan ialah berkenaan pengurusan masa yang efektif bagi menjana insan berkualiti, kepentingan solat walau dalam apa jua situasi yang dihadapi, pembentukan syakhsiah serta berbakti kepada ibu bapa.
Majlis diselangselikan dengan ulasan ahli yang berkisar mengenai video yang telah ditayangkan.
Pihak KPT mengharapkan agar ahli dapat menerapkan nilai-nilai murni yang diperoleh daripada program ini, dan terus memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan program-program yang diadakan.