KAHERAH 3 Nov – PMRAM Cawangan Terengganu telah mengadakan Ijtima’ Usbu’ie sempena menjelang Aidil Adha dengan pengisian Pembentangan Kertas Kerja “Fiqh Udhiyyah” di bawah Biro Dakwah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012.
Majlis berlangsung pada jam 7.00 malam dan dipengerusikan oleh saudara Mohd Aliff bin Yusof . Pembentangan kertas kerja disampaikan oleh ust Abdul Halim bin Ahmad , Master Tahun Satu dalam bidang Fiqh Muqaran al-Azhar, Kaherah, Mesir dan merupakan ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa Islam bagi mendalami lagi “Fiqh Udhiyyah” iaitu berkaitan taarif korban, dalil-dalil pensyariatan, hikmah pensyariatan, hukum, syarat-syarat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan korban.
Bertepatan dengan tujuan kedatangan kita sebagai mahasiswa Islam adalah untuk mempelajari pelbagai jenis koleksi ilmu. Pengajian ilmu tidak terhad hanya di kuliah. Oleh itu, mahasiswa Islam perlu mengambil peluang mengikuti kelas-kelas tafaqquh yang disediakan oleh persatuan mahupun kelas –kelas masyaikh yang berada di seluruh pelusuk Mesir.
Majlis berakhir pada jam 8.45 malam dengan diakhiri penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua KPT Mesir, saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani kepada ust Abdul Halim bin Ahmad dan sedikt jamuan.
Pihak KPT Mesir mengharapkan semoga mahasiswa Islam mengambil peluang sepenuhnya dalam mengutip manik-manik mutiara ilmu dan saling bantu-membantu bagi mengarap kesatuan sekaligus menunaikan tanggungjawab kita sebagai pewaris nabi dan khalifah di bumi Allah .