PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, November 8, 2011

Program Motivasi dan Pengagihan Dermasiswa Terengganu di Mesir

Sukacita dimaklumkan kepada semua penerima Dermasiswa MAIDAM kali kedua di Mesir bahawa Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) sesi 2011/2012 akan bekerjasama dengan pihak MAIDAM bagi mengadakan program tersebut. Beberapa makluman penting perlu disampaikan sebagaimana berikut :-
 
1. Penerima bagi Muhafazah Kaherah dan Ain Shams sahaja (124 penerima

                                         Hari               : Ahad
                                         Tarikh           : 13 November 2011
                                         Masa             : 3.30 – 9.00 malam
                                        Tempat        : Dewan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA)


2. Penerima bagi Muhafazah Mansurah, Zaqaziq, Tanta dan Iskandariah (84 penerima)

Hari               : Selasa
Tarikh           : 15 November 2011
Masa             : 3.30 – 9.00 malam
Tempat        : Dewan Bangunan Yayasan Terengganu di Mansurah



Para peserta diwajibkan :-
  1. Berpakaian kemas.
  2. Memakai baju kot dan tali leher bagi mahasiswa. Manakala bagi mahasiswi tidak dibenarkan memakai purdah untuk sementara waktu ketika program.
  3. Sila bawa bersama kad pelajar dan passport.
  4. Tidak dibenarkan mengambil dermasiswa bagi pihak orang lain.
  5. Kehadiran adalah diwajibkan dan mana-mana yang tidak hadir hendaklah berurusan dengan pihak MAIDAM.
Senarai nama penerima dermasiswa mengikut muhafazah telah dikeluarkan melalui web KPT Mesir atau klik di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai program tersebut, sila rujuk kepada :
  1. Setiausaha KPT Mesir, saudara Wan Mohd Khairuddin bin Wan Isa (+201140435469)
  2. Setiausaha HEWI KPT Mesir, saudari Naufal binti Kamaruddin (+201116035380)
  3. atau Setiausaha program, saudara Ahmad Ailani Bin Ruslanddin (+201119585184)
Semoga makluman ini diambil perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak dan lebih memudahkan urusan yang berkaitan. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERIMU DAN BERAMAL”


Yang menjalankan amanah,
 
WAN MOHD KHAIRUDDIN BIN WAN ISA
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.