PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, November 3, 2011

Mahasiswa Diingatkan Pertingkatkan Keselamatan

KAHERAH, 3 Nov - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Perlembahan Nil mempertingkatkan keselamatan dan penjagaan diri ketika berurusan di luar.

Berikutan situasi politik Mesir yang sedang mengalami perubahan disebabkan oleh Pilihanraya di peringkat seluruh Mesir yang akan bermula dalam tempoh yang singkat, mahasiswa dan mahasiswi diharapkan agar lebih berhati-hati lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.

Beberapa kejadian yang melibatkan mahasiswa, mahasiswi Malaysia dan rakyat tempatan dalam tempoh beberapa minggu ini seperti kecurian, pergaduhan, kecederaan dan beberapa kes-kes yang lain perlu diambil perhatian yang lebih serius di peringkat mahasiswa dan mahasiswi terhadap keselamatan dan penjagaan diri sendiri.

Menurut saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III,merangkap ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011, "Situasi politik Mesir yang berlaku sekarang menjadikan sebarang kemungkinan bakal berlaku. Jadi,di peringkat
mahasiswa dan mahasiswi, keperluan untuk memperingkatkan penjagaan diri serta lebih berhati-hati diperlukan sebagai persediaan terhadap apa jua kemungkinan yang berlaku".

PMRAM menggariskan beberapa garis panduan keselamatan yang boleh dipatuhi oleh mahasiswa dan mahasiswi lebih-lebih ketika melakukan urusan di luar seperti berikut:

1. Mematuhi Pekeliling Keselamatan PMRAM seperti yang telah dikeluarkan sebelum ini.

2. Membawa bersama dokumen-dokumen penting seperti passport,kad PMRAM dan pengenalan diri yang lain dan pastikan visa tidak mati.

2. Tidak melalui tempat yang telah dikenalpasti sebagai kawasan hitam terutamanya di kawasan Suq Sayarat.

3. Tidak berjalan berseorangan terutamanya pada waktu malam dan tidak melalui kawasan atau lorong yang tertutup dan gelap walaupun bagi lelaki.

4. Tidak digalakkan keluar rumah melebihi pukul 10 malam.

5. Mematuhi etika yang dikeluarkan oleh HISBAH PMRAM bagi akhawat untuk keluar pada waktu malam dengan ditemani oleh beberapa orang musyrif.

6. Sekiranya ada berlaku apa jua permasalahan, terus lapor kepada individu berikut:

- Presiden PMRAM, saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman : 01113771841.
- Naib Presiden III, saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi : 01117402891.
- Ketua HISBAH PMRAM,saudara Abdul Rahman bin Aminuddin : 01119422342.