KAHERAH, 1 Mac– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 di bawah seliaan Biro & Unit Dakwah KPT Mesir telah mengadakan ‘Tazkirah Jemputan & Munajat Qalbiah’ di Surau Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.
Majlis dimulai dengan solat Isya’ berjemaah dan Solat Hajat bagi 9 mangsa penarikan pinjaman Yayasan Terengganu yang telah diambil tindakan oleh pihak Yayasan Terengganu (YT), Malaysia baru-baru ini. 7 daripada mereka ialah mahasiswa Pengajian Islam dan 2 mahasiswa Perubatan.
Seterusnya, Tazkirah Jemputan disampaikan oleh ustaz Che Ku Omar bin Che Ku Mahmud yang merupakan ahli KPT Mesir dan tenaga pengajar di Maahad Darul Quran, Mesir.
“Ujian yang kita hadapi sekarang dengan Isu Penarikan Pinjaman YT ini adalah ujian yang kecil jika dibandingkan dengan para sahabat Nabi SAW yang terdahulu dan perkara ini tetap akan berulang sebagaimana sejarah dan Sirah. Pada tahun saya, telah ada 14 mahasiswa yang ditarik Pinjaman YT dan ini bukanlah perkara yang baru. Cumanya, Semakin kita ditekan semakin kita kuat” katanya.
“Di samping kesungguhan dan tekun menuntut ilmu, kita tidak lupa dan alpa dengan amanah dan tanggungjawab serta tautan ukhuwah dalam kehidupan seharian” ujarnya. Justeru itu, elemen yang terpenting untuk kemenangan Islam adalah kesatuan kita disini, PMRAM dan KPT dengan pengorbanan yang perlu kita contohi dan dihayati dalam diri kita semua.
Demi mencapai dan merealisasikan matlamat membina Kerajaan Islam, setiap mahasiswa/wi perlu memainkan peranan masing-masing. Antaranya memelihara keperibadian Individu Muslim. Sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang digariskan dalam Islam perlu diamalkan dalam diri mahasiswa Islam. Seterusnya membina Bait Muslim yang merupakan tulang belakang dalam mendokong pejuang-pejuang Islam. Sehingga membina Masyarakat Muslim demi memelihara dan mengekalkan biah oleh generasi terdahulu.
Tabung Derma Syria di bawah selian Biro Kebajikan KPT Mesir sesi 2011/2012 turut disediakan dan diteruskan Munajat Qalbiah pada jam 4.00 pagi dengan zikir munajat dan qiamullai. Program berakhir kira-kira 5.00 pagi.
KPT Mesir mengharapkan seluruh mahasiswa Islam agar prihatin dan cakna dengan isu semasa yang berlaku di Syria dan isu umat Islam seakidah pada hari ini dan juga penamatan Pinjaman Yayasan Terengganu supaya kelangsungan dakwah Islam tidak hanya di halaqah-halaqah ilmu bahkan di medan perjuangan di bawah naungan PMRAM Cawangan Terengganu.
“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU & BERAMAL”
Disediakan oleh:
Abdul Mu’iz Bin Azhar
Ketua Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir ,
Sesi 2011/2012
Ketua Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir ,
Sesi 2011/2012