20 JULAI, KAHERAH-
Pihak Hal Ehwal Wanita Islam di bawah seliaan Unit Dakwah telah mengadakan
Kuliah Sayyidul Ayyam. Bersempena kedatangan bulan mulia, kuliah berkisar
mengenai cara untuk menghayati kehadiran Ramadan dan diserapkan dalam kehidupan
seharian.
Bertempat di Dewan
Darul Iman, para hadirin dihidangkan dengan penerangan mengenai adab-adab dalam
berpuasa oleh saudari Nur Hamizah binti Puteh. Antara adab-adab yang ditekankan
ialah;
1)Menjaga penglihatan dari melihat maksiat
2) Menjaga lidah dari mengumpat dan menyebut perkara keji
3)Menjaga telinga dari mendengar sebarang umpatan dan cacian
4) Menjaga segala anggota badan seperti kaki dan tangan
5) Tidak makan berlebihan semasa berbuka kerana tujuan berpuasa ialah
menahan nafsu
6)Perlu ada rasa takut selepas berpuasa sama ada puasa itu diterima atau
ditolak dan berharap agar Allah menerimanya
Semoga dengan
pengisian yang diberikan dapat dijadikan bekalan dalam menelusuri bulan tarbiah
ini.