Wanita
muslimah pada hari ini merupakan satu elemen terpenting dalam
masyarakat. Arus modenanisasi telah menyaksikan bahawa kebanyakan
wanita hari ini mampu untuk tampil kehadapan serta menyahut cabaran arus
globalisasi.
Walaupun keupayaan dan fitrah semulajadi mereka yang lemah lembut, sekiranya dimanfaatkan semaksima mungkin mengikut acuan Islam, sudah pasti mereka mampu mengegarkan dunia moden.
Sesungguhnya
wanita muslimah memiliki martabat yang tinggi dalam Islam. Peranan
wanita muslimah memberi suatu impak yang besar kepada kehidupan muslim.
Sejarah Islam, banyak mencatat tentang pencapaian wanita dalam berbagai
aspek kehidupan.
Antaranya Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid yang mempunyai kemahiran
dalam menguruskan perniagaannya yang setanding dengan orang-orang lelaki
di Makkah sebelum dan selepas Islam.
Begitu
juga Sayyidah Aisyah binti Abu Bakar telah membuka era baru pencapaian
wanita dalam bidang ilmu pengetahuan. Kepakaran dalam keilmuan telah
meletakan beliau setaraf dengan ulama terbilang di zaman awal Islam.
Ini adalah fakta sejarah yang amat dikagumi dan membuktikan bahawa
wanita mampu untuk kehadapan.
Oleh
yang demikian, menyedari hakikat peranan wanita muslimah pada hari ini
begitu penting, HEWI PMRAM telah menyusun beberapa platform
kepada mahasiswi muslimah bagi menjayakan usul HEWI PMRAM yang telah
disepakati bersama dalam Muktamar HEWI PMRAM kali ke 25 iaitu
“Memperanankan Mahasiswi Berkredibiliti” dengan meletakan beberapa fokus
utama :
1) Melahirkan tenaga pengisi di kalangan mahasiswi
2) Memperkasakan medium penerangan
3) Memperkasakan tenaga pengajar dari kalangan mahasiswi
4) Memperkasakan aktiviti kemasyarakatan
5) Menjana mahasiswi berkemahiran
Justeru itu, mahasiswi muslimah seharusnya menyedari tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Platform yang
disediakan di peringkat PMRAM adalah untuk melatih mahasiswi yang
berkredibiliti dari segenap aspek agar seiring dengan era modenisasi
pada hari ini.
Oleh
itu, kerjasama dan peranan di setiap peringkat PMRAM cawangan adalah
penting khususnya mahasiswi muslimah bagi melaksanakan usul sekaligus
dapat menjayakan usul HEWI PMRAM pada sesi ini.
"Julang Keilmuan Jana Keizzahan"
Disediakan Oleh,
Atiyqah Binti Yusoff
Naib Pengerusi Hewi I (Unit Perancang Dan Panitia)
Persekutuan Melayu Repulik Arab Mesir 2012