ABBASIAH, 8 Ogos 2012-
Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir di
bawah seliaan Unit Dakwah telah menziarahi pelajar perubatan Terengganu yang
menetap di Abbasiah.
Rombongan diketuai oleh Saudari Nuraini binti Abdullah; Naib
Pengerusi HEWI KPT Mesir dan empat orang pimpinan HEWI lain. Turut menyertai
rombongan ialah Penasihat HEWI KPT Mesir; Saudari Tengku Fathimah Tengku
Hashim.
Program “Kembara Rabithah” ini bertujuan untuk mengeratkan
lagi ukhwah yang terbina dalam kalangan pimpinan dan para ahli.
Ketika waktu menginjak 6.30 petang, rombongan mula menjejak
kediaman mereka. Kedatangan disambut mesra oleh tuan rumah. Sambil menanti
azan, rombongan dan tuan rumah saling bertukar juadah iftor dan bertanya
khabar.
Walaupun hanya empat
orang ahli perubatan berbaki di Abbasiah, namun ia tidak mematahkan semangat
mereka untuk terus mengharungi bulan Ramadan di bumi anbiya’.
Setelah menunaikan solat Maghrib, masing- masing mula
menikmati juadah yang tersedia.
Masjid an-Nur |
Usai solat Isyak, rombongan mula bertolak pulang. Semoga
ziarah ini akan merapatkan lagi ukhwah yang terjalin selama ini. Jutaan terima
kasih diucapkan atas kesudian menerima kunjungan.