Assalamualaikum WBT.
Setinggi kesyukuran kepada Ilahi, Pencipta Teragung yang telah mengurniakan kekuatan dan kesempurnaan waktusehingga kita masih hidup sehingga saat ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, penghulu segala para rasul dan Anbiya’, Saidina Wa Habibina Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam. Kesejahteraan juga buat para pengikut dan juga para pewaris perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Setiap masa, waktu dan keadaan bagi mereka yang berin’tima dengan kesinambungan perjuangan Islam akan ada Ibtila’ (ujian) yang merupakan saringan Allah SWT dalam kehidupan seorang pendakwah. Firman Allah:
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
(Surah At-Taubah : 111)
Hak Mahasiswa PMRAM cawangan Johor sekarang dizalimi dan telah sekian lama bersabar demi kesatuan Mahasiswa Johor. Wujudnya usaha-usaha untuk menjatuhkan persatuan yang ada dengan pelbagai cara iaitu pejabat BKPJM dihalau dari rumah negeri, penggunaan dewan yang tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti samada berbentuk majlis Ilmiah, program persatuan, kelas tutorial dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa tujuan asal penghantaran pegawai tersebut untuk menjaga kebajikan dan pendidikan mahasiswa/wi Johor boleh dipertikaikan.
Saya bagi pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) merasa kesal dan kecewa dengan sikap pegawai tersebut yang sepatutnya bertindak dengan secara professional dan bijak.
KPT sekali lagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Pegawai tersebut. Oleh itu, kami warga KPT selaku persatuan yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminta agar pegawai yang terlibat meminta maaf secara terbuka bagi membersihkan nama individu yang terlibat.
Wallahu A’lam.
“MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN”
“BERILMU DAN BERAMAL”
MOHD ZAHANI BIN ABDUL GHANI
Yang Dipertua,
Keluarga penuntut-Penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.