Kaherah, 13 Ogos 2011 – Pihak Kepimpinan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) yang diketuai oleh Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar selaku Yang Dipertua KPT Mesir telah mengadakan pertemuan bersama Encik Rosli bin Awang; Penolong Pegawai HEP Yayasan Terengganu Mesir yang baru di pejabat beliau.
Pertemuan tersebut diatur adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak KPT Mesir dan pihak Pengurusan HEP Terengganu Mesir. Di samping itu juga, ia adalah untuk membincangkan berkenaan dengan kebajikan mahasiswa Terengganu.
Majlis pertemuan tersebut dimulakan dengan sesi taaruf Exco KPT Mesir dan disusuli dengan ucapan daripada Yang Dipertua KPT Mesir yang menyentuh tentang pengenalan dan peranan yang dimainkan oleh KPT Mesir dalam menjaga kebajikan mahasiswa Terengganu di Mesir dan juga membantu pihak pengurusan.
Encik Rosli bin Awang ketika menyampaikan ucapan menyatakan kesediaan beliau untuk mengadakan perbincangan bersama pihak KPT Mesir demi memudahkan dan menjaga kebajikan mahasiswa Terengganu di Mesir.
Yang Dipertua KPT Mesir ketika ditemui mengulas pertemuaan yang diadakan itu merupakan bukti kesungguhan KPT Mesir dalam menjalinkan kerjasama demi kebajikan mahasiswa.
Pihak KPT Mesir merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Penolong Pegawai HEP Terengganu atas kesudiaan beliau mengadakan perjumpaan tersebut.