PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Wednesday, August 17, 2011

MAHASISWA TERENGGANU KESAL TINDAKAN TERDESAK ISMA MESIR

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah menerima aduan dan laporan daripada beberapa orang mahasiswa Terengganu terhadap tindakan yang dilakukan oleh ISMA Mesir.


Pada 13 Ogos yang lalu, beberapa orang wakil ISMA telah memasuki kompleks Terengganu di Hayyu Asyir serta membuat kajian tanpa keizinan pihak pengurusan dan KPT Mesir.


Tindakan yang dilakukan itu tidak disenangi oleh mahasiswa Terengganu menyebabkan ada dalam kalangan ahli KPT Mesir yang mengelak daripada mendengar taklimat yang dilakukan oleh mereka.


Luahan yang telah dinyatakan oleh mahasiswa Terengganu terhadap tindakan terdesak yang dilakukan pihak ISMA menunjukkan sikap mereka yang tidak profesional dalam melakukan tindakan.


Rentetan daripada itu, pihak KPT Mesir ingin mengingatkan agar mana-mana persatuan yang ingin mengadakan ziarah, kaji selidik ataupun apa jua urusan yang berkaitan hendaklah meminta izin terlebih dahulu.


Pihak KPT Mesir konsisten untuk menjayakan usul Mesyuarat Agung KPT Mesir kali ke-45 yang berbunyi “Anak-anak Terengganu bersatu di bawah KPT Mesir membanteras ISMA”.


Usul itu telah dibahas dan disepakati oleh ahli KPT Mesir dalam MAT tersebut. Ini menunjukkan komitmen mahasiswa Terengganu bersama KPT Mesir dalam menjaga kesatuan mereka di bumi Anbiya’.